Lihat tetingkap app terbuka dan ruang kerja
Dalam banyak app iPad—termasuk Mail, Nota, Safari dan Fail—anda boleh membuka berbilang tetingkap. Anda boleh melihat semua tetingkap terbuka daripada app, termasuk yang berada dalam Split View dan Slide Over.
Lihat tetingkap app terbuka
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Leret ke atas dari pinggir bawah skrin untuk mendedahkan Dock.
Pergi ke Skrin Utama.
Sentuh dan tahan app yang tetingkapnya anda mahu lihat, kemudian ketik Tunjukkan Semua Tetingkap.
Nota: Jika anda sentuh dan tahan app terlalu lama, semua app mula bergoyang. Ketik Selesai atau tekan butang Utama (iPad dengan butang Utama), kemudian cuba lagi.
Tetingkap terbuka dalam sesetengah app kelihatan sebagai imej kecil berhampiran bahagian bawah skrin. Apabila anda mengetik tetingkap imej kecil, kandungannya kelihatan dalam tetingkap skrin penuh semasa. Semasa melihat app dalam Split View, ketik di bahagian atas app terbuka untuk melihat semua tetingkap yang terbuka.
Cipta tetingkap baharu dalam app
Apabila semua tetingkap terbuka app kelihatan sebagai imej kecil (berhampiran bahagian bawah skrin), anda melihat . Ketiknya untuk mencipta tetingkap baharu dalam app. Dalam Split View, ketik
untuk memaparkan tetingkap terbuka app sebagai imej kecil, kemudian ketik
.