Gunakan Apple Pay dalam app dan di web pada iPad
Anda boleh membuat pembelian menggunakan Apple Pay dalam app, Klip App dan di web menggunakan Safari di mana-mana sahaja anda melihat butang Apple Pay. (Tersedia di negara dan rantau tertentu; lihat Negara dan rantau yang menyokong Apple Pay.)

Bayar dalam app, dalam Klip App dan di web
Semasa daftar keluar, ketik butang Apple Pay.
Semak maklumat bayaran dan setkan mana-mana yang berikut:
Kad kredit
Alamat pengebilan dan penghantaran
Maklumat hubungan
Petua: Jika anda melanggan iCloud+, anda boleh menggunakan Sembunyikan E-mel Saya untuk memastikan alamat e-mel sebenar anda kekal peribadi.
Kekerapan dan amaun pembayaran berulang (jika tersedia)
Lengkapkan bayaran:
Pada iPad dengan Face ID: Dwiklik butang atas, kemudian sekilas pandang pada iPad untuk mengesahkan dengan Face ID atau masukkan kod laluan anda.
Pada iPad dengan Touch ID: Sahkan dengan Touch ID atau masukkan kod laluan anda.
Tukar maklumat penghantaran dan hubungan lalai anda
Pergi ke Seting
> Wallet & Apple Pay.
Setkan mana-mana yang berikut:
Alamat penghantaran
E-mel
Telefon