Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Ketahui lebih lanjut tentang ubat anda dalam Kesihatan pada iPad (A.S. sahaja)
Anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang ubat yang anda tambah ke senarai ubat anda dalam app Kesihatan .
Ketahui tentang ubat
Anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang kegunaan ubat, cara ubat berfungsi, kesan sampingan yang berkemungkinan dan cara menyebutnya.
Ketik
, kemudian ketik Ubat.
Ketik ubat (dalam senarai ubat anda), kemudian skrol ke bawah.
Ketahui tentang interaksi antara ubat anda
Ketik
, kemudian ketik Ubat.
Ketik Interaksi Ubat.
Untuk mengetahui sama ada faktor interaksi seperti alkohol mungkin berinteraksi dengan ubat anda, ketik Edit (dalam kawasan Faktor Interaksi), pilih faktor yang terlibat, kemudian ketik Selesai.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang interaksi, ketiknya.