Selesaikan teka-teki dalam Apple News pada iPad
Dalam iPadOS 17.0 dan lebih baharu, pelanggan Apple News+ boleh menyelesaikan teka silang kata dan teka silang kata mini harian. Dalam iPadOS 17.5 dan lebih baharu, pelanggan juga boleh menyelesaikan teka-teki Quartiles. Bukan pelanggan mungkin boleh bermain beberapa teka-teki secara percuma.
Nota: Puzzles tidak tersedia di semua negara atau rantau.
Lihat suapan Puzzles
Untuk melihat suapan Puzzles, lakukan salah satu daripada berikut:
Ketik Puzzles dalam bar sisi.
Ketik Today, kemudian ketik kumpulan Puzzles.
Ikuti suapan untuk jenis teka-teki.
Selepas membuka suapan Puzzles, ketik Crossword, Mini, atau Quartiles; ketik ; ketik Follow.
Kategori Puzzles kelihatan dalam bar sisi dengan jenis teka-teki kelihatan di bawah. Untuk menjadikannya kegemaran, ketik Edit, ketik bersebelahan jenis teka-teki, kemudian ketik Selesai.
Pilih teka-teki
Pelanggan Apple News+ boleh menyelesaikan teka silang kata, teka silang kata mini dan teka teki Quartiles. Anda boleh memilih untuk menyelesaikan teka-teki baharu atau teka-teki daripada arkib. Teka silang kata mempunyai penilaian kesukaran—mudah, sederhana atau mencabar.
Pergi ke salah satu kawasan berikut untuk mencari teka-teki:
kumpulan Puzzles dalam suapan Today atau suapan Best of News+
suapan Puzzles dalam bar sisi
suapan untuk jenis teka-teki (teka silang kata, teka silang kata mini atau Quartiles)
Ketik teka-teki untuk membukanya.
Lihat statistik dan pencapaian berterusan teka-teki
Baharu dalam iPadOS 17.5 ialah Scoreboard yang terdapat dalam setiap suapan teka-teki. Di sini anda boleh melihat pencapaian berterusan semasa anda—bilangan hari berterusan anda menyelesaikan teka-teki harian—serta pencapaian berterusan terpanjang anda. Scoreboard juga memberi statistik untuk setiap jenis teka-teki—contohnya, bilangan teka-teki yang diselesaikan.
Untuk melihat Scoreboard, pilih suapan untuk jenis teka-teki, kemudian leret ke atas.
Syarat yang mempengaruhi statistik dan pencapaian berterusan termasuklah yang berikut:
Jika anda menggunakan perintah Reveal untuk menunjukkan semua atau sebahagian daripada teka-teki, teka-teki itu tidak akan dikira dalam statistik anda dan menyelesaikan teka-teki tidak akan memulakan atau meneruskan pencapaian berterusan.
Teka-teki yang anda lengkapkan pada peranti dengan iOS 17.5, iPadOS 17.5, macOS 14.5 atau lebih baharu dikira dalam statistik anda. Sebarang teka-teki yang anda main pada versi OS lebih lama tidak dikira dalam statistik anda.
Selepas anda membuka app News pada peranti dengan iOS 17.5, iPadOS 17.5, macOS 14.5 atau lebih baharu, sebarang teka-teki harian yang anda selesaikan pada peranti dengan versi lebih baharu OS ditambah pada pencapaian berterusan anda. Contohnya, jika anda melengkapkan teka silang kata Isnin dan teka silang kata Selasa pada iPhone anda dengan iOS 17.5 dan kemudian menyelesaikan teka silang kata Rabu pada iPad anda dengan iPadOS 17.4, pencapaian berterusan anda dilanjutkan.
Pengguna di A.S. benua dan Kanada mesti melengkapkan teka-teki dalam 24 jam penerbitannya untuk dikira sebagai pencapaian berterusan. Pengguna di Alaska dan Hawaii memperoleh satu atau dua jam tambahan; mereka mesti melengkapkan teka-teki hari ini sebelum tengah malam masa tempatan.
Bersaing dengan orang lain dalam Game Center
Dalam iPadOS 17.5 atau lebih baharu, anda boleh bersaing dengan rakan dan penyelesai teka-teki lain dalam Game Center.
Pergi ke Seting
> Game Center, kemudian daftar masuk ke Game Center.
Kembali ke skrin Seting, ketik News, kemudian aktifkan Game Center.
Skor anda untuk teka-teki harian telah dihantar ke papan juara untuk jenis teka-teki tersebut dalam Game Center. Skor anda untuk teka silang kata dan teka silang kata mini ialah masa yang diambil untuk anda menyelesaikan teka-teki. Untuk Quartiles, skor anda ialah bilangan mata yang anda peroleh.
Lihat teka-teki lalu
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Lihat teka-teki daripada arkib: Buka suapan teka-teki, kemudian leret ke atas untuk melihat teka-teki terbaharu dalam arkib.
Lihat arkib teka silang kata dan teka silang kata mini: Buka suapan teka silang kata dan teka silang kata mini, leret ke atas, kemudian ketik
bersebelahan Archive. Anda juga boleh mengetik
, kemudian pilih Crossword Archive atau Crossword Mini Archive.
Untuk menunjukkan pilihan mengisih dan menapis untuk arkib, ketik
. Anda boleh mengisih semua arkib mengikut paling baharu ke paling lama, atau paling lama ke paling baharu. Anda boleh menapis arkib silang kata mengikut tahap kesempurnaan dan kesukaran. Anda boleh menapis arkib silang kata mini mengikut kesempurnaan sahaja.
Dapatkan pemberitahuan Puzzles
Leret ke bahagian bawah bar sisi, kemudian ketik Notifications & Email.
Aktifkan pemberitahuan untuk Puzzles.
Keluarkan kumpulan Puzzles daripada Today
Dalam suapan Today, leret ke atas ke Puzzles, kemudian ketik
.
Ketik Block from Today.
Apabila anda menyekat Latest Puzzles, kumpulan tidak lagi kelihatan dalam suapan Today anda.