Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Majukan dan kongsi mesej pada iPad
Dalam app Mesej , anda boleh memajukan satu atau lebih mesej dalam perbualan ke penerima berbeza.
Buka app Mesej
pada iPad anda.
Sentuh dan tahan gelembung mesej yang anda mahu majukan, kemudian ketik Lagi.
Ketik untuk memilih satu atau lebih mesej untuk dimajukan, kemudian ketik
.
Masukkan penerima, kemudian ketik
.
Petua: Untuk menunjukkan gelembung mesej dan cap masa semasa mesej kelihatan dalam perbualan, hantar gambar skrin sebagai imej lampiran berbanding memajukan mesej.
Untuk berkongsi mesej anda pada peranti lain, lihat Sediakan iCloud untuk Mesej pada semua peranti anda dalam Panduan Pengguna iCloud.