Gunakan Pengecaman Muka dalam Rumah pada iPad
Dengan kamera atau loceng pintu Video Keselamatan HomeKit yang serasi, anda boleh menggunakan app Rumah untuk menerima pemberitahuan apabila orang yang anda tag dalam app Foto datang ke pintu anda.
Sediakan Pengecaman Muka
Pengecaman Muka mengenal pasti orang mengikut muka yang kelihatan dalam pustaka foto anda atau gambar pelawat terbaharu yang dirakam oleh kamera atau loceng pintu anda.
Jika anda menyediakan kamera atau loceng pintu untuk pertama kali, lakukan yang berikut:
Tambah aksesori ke app Rumah.
Dalam kad Cam Muka yang Dikenali, aktifkan Pengecaman Muka, kemudian ketik Teruskan.
Pilih orang yang boleh mengakses pustaka foto anda:
Jangan: Hanya muka yang anda tambah daripada klip dalam app Rumah dikenali.
Hanya Saya: Hanya pemberitahuan yang anda terima mempunyai nama orang dalam pustaka foto anda.
Semua Orang di Rumah ini: Semua pemberitahuan untuk semua orang di rumah anda mempunyai nama orang dalam pustaka foto anda.
Ketik Teruskan, kemudian selesai menyediakan kamera atau loceng pintu.
Jika anda mempunyai loceng pintu atau kamera sedia ada dan mahu menggunakannya untuk mengenal pasti pelawat, ketiknya pada app Rumah, ketik , ketik Pengecaman Muka, kemudian aktifkan Pengecaman Muka. Ketik pustaka foto anda, kemudian pilih orang yang boleh mengaksesnya.
Nota: Pemberitahuan boleh kelihatan pada sebarang peranti yang dikaitkan dengan Apple ID anda.
Kenal pasti pelawat terbaharu
Anda boleh menggunakan Pengecaman Muka untuk membantu mengenal pasti orang yang tiada dalam pustaka foto anda, menggunakan gambar yang dirakam oleh kamera atau loceng pintu anda.
Dengan Pengecaman Muka diaktifkan, buka app Rumah
, kemudian ketik tab Rumah dalam bar sisi.
Pada tab Rumah, ketik kamera atau loceng pintu, kemudian ketik
.
Ketik Pengecaman Muka, ketik orang tidak dikenali yang disenaraikan di bawah Terbaharu, kemudian ketik Tambah Nama.
Tambah nama orang atau hubungan mereka dengan anda—Mak atau Penghantar Mel, contohnya.
Pilih sama ada untuk dimaklumkan apabila mereka dilihat oleh kamera atau loceng pintu anda.
Nota: Orang dengan pelitup muka tidak kelihatan dalam senarai ini.
Kongsi muka dengan isi rumah anda
Anda boleh membenarkan ahli isi rumah anda melihat nama pelawat yang dikenal pasti dalam pustaka foto anda.
Dengan Pengecaman Muka diaktifkan, buka app Rumah
, ketik
, kemudian ketik Seting Rumah.
Ketik Kamera & Loceng Pintu, kemudian ketik Pengecaman Muka.
Ketik pustaka foto anda, kemudian ketik Semua Orang di Rumah ini.