Pastikan fail anda dikemas kini pada iPad dan komputer anda secara automatik dengan iCloud
Anda boleh menyimpan fail, foto, video dan banyak lagi dalam iCloud supaya anda boleh mengaksesnya dan memastikannya selaras pada semua peranti anda. Sebarang perubahan yang anda buat pada fail pada peranti yang mendaftar masuk ke iCloud kelihatan pada semua peranti yang mendaftar masuk.
Anda juga boleh mengakses maklumat anda dalam iCloud daripada mana-mana dengan menggunakan pelayar web yang disokong. Lihat Keperluan sistem untuk iCloud.
Penting: OS X 10.10 (atau lebih baharu) atau Windows 7 (atau lebih baharu) diperlukan. Anda mesti mendaftar masuk menggunakan Apple ID anda pada iPad anda dan komputer anda, bersama dengan sebarang pelayar web yang anda mungkin gunakan.
Sediakan iCloud pada iPad anda
Pada iPad anda, pergi ke Seting
> [nama anda].
Jika anda tidak melihat [nama anda], ketik “Daftar masuk ke [peranti] anda”, kemudian masukkan Apple ID dan kata laluan anda.
Ketik iCloud, kemudian aktifkan item yang anda mahu simpan di situ.
Contohnya, aktifkan iCloud Drive untuk membuatkan fail anda dalam iCloud Drive tersedia kepada komputer anda.
Sediakan iCloud pada Mac anda
Ikuti arahan untuk menyediakan ciri iCloud pada Mac dalam Panduan Pengguna macOS.
Aktifkan item sama yang anda aktifkan untuk iPad.
Sediakan iCloud pada PC anda
Ikuti arahan untuk menyediakan ciri iCloud dalam Panduan Pengguna iCloud untuk Windows.
Aktifkan item sama yang anda aktifkan untuk iPad, kemudian klik Gunakan.
iCloud disertakan dengan akaun e-mel dan 5 GB storan percuma untuk data anda. Untuk mendapatkan lebih storan dan ciri tambahan, anda boleh Melanggan iCloud+ pada iPad.
Nota: Sesetengah ciri iCloud mempunyai keperluan sistem minimum. iCloud mungkin tidak tersedia di semua kawasan dan ciri iCloud mungkin berbeza mengikut kawasan. Lihat artikel Sokongan Apple Keperluan sistem untuk iCloud. Untuk mendapatkan maklumat tentang ciri, pergi ke apple.com/icloud/.