Baca berita perniagaan dalam Saham pada iPad
Dalam app Saham , anda boleh membaca cerita perniagaan untuk menyerlahkan berita semasa yang memacu pasaran. Di negara yang Apple News tersedia, anda juga boleh melihat cerita yang dipilih oleh editor Apple News dan cerita daripada Apple News+. (Kandungan Apple News dan Apple News+ tidak tersedia di semua negara atau rantau.)
Untuk mengetahui lanjut tentang Apple News+, lihat Langgan Apple News+ pada iPad.
Nota: Apple News dan Apple News+ tidak tersedia di semua negara atau rantau. Lihat artikel Sokongan Apple Ketersediaan Perkhidmatan Media Apple.
Baca cerita
Buka Saham, kemudian ketik Berita Perniagaan atau simbol saham dalam senarai pemerhatian anda untuk melihat cerita. Lihat Urus simbol dalam senarai pemerhatian Simbol Saya.
Ketik cerita untuk membacanya. Semasa melihat cerita, anda mempunyai pilihan ini:
Kembali ke suapan berita anda dalam Saham: Ketik
atau Selesai di penjuru kiri atas.
Simpan cerita ke Apple News: Ketik
.
Nota: Untuk menyimpan cerita ke Apple News, pastikan untuk mendaftar masuk dengan Apple ID anda, kemudian pergi ke Seting
> [nama anda] > iCloud > Tunjukkan Semua dan aktifkan News.
Lihat lebih banyak cerita daripada penerbitan dalam Apple News: Ketik logo penerbit di bahagian atas skrin.
Tukar saiz teks: Lakukan salah satu daripada berikut, bergantung pada peranti dan lokasi anda:
Ketik
, kemudian ketik huruf yang lebih kecil atau lebih besar untuk menukar saiz teks dalam cerita.
Ketik
, ketik Saiz Teks, kemudian ketik huruf yang lebih kecil atau lebih besar untuk menukar saiz teks dalam cerita.
Kongsi cerita: Ketik
, kemudian pilih pilihan perkongsian, seperti Mesej atau Mail.
Nota: Jika anda mengetik cerita Apple News+ dan anda bukan pelanggan Apple News+, ketik butang langgan atau percubaan percuma, kemudian ikuti arahan atas skrin. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Apple News+, lihat Langgan Apple News+.
Cerita daripada penerbitan yang anda telah sekat dalam Apple News tidak kelihatan dalam suapan berita. Lihat Lihat berita dipilih khas hanya untuk anda.