Kongsi Kumpulan Tab dan bekerjasama dalam Safari pada iPad
Dalam app Safari, anda boleh berkongsi Kumpulan Tab dan bekerjasama dengan orang yang menggunakan iCloud. Anda boleh menambah dan mengeluarkan orang daripada Kumpulan Tab pada bila-bila masa dan memulakan perbualan mesej, panggilan telefon, atau panggilan FaceTime tanpa meninggalkan Safari. Kolaborator boleh menambah dan mengeluarkan tab daripada Kumpulan Tab dan semua orang melihat kemas kini pada masa nyata.
Semua orang yang bekerjasama dengan anda mesti mendaftar masuk dengan Apple ID mereka, mengaktifkan Safari dalam seting iCloud dan mengaktifkan pengesahan dua faktor.
Kongsi Kumpulan Tab
Buka app Safari
pada iPad anda.
Ketik
, sentuh dan tahan Kumpulan Tab, kemudian ketik Kongsi.
Ketik Mesej, kemudian masukkan orang atau kumpulan yang anda mahu berkongsi.
Anda mendapat kemas kini aktiviti dalam perbualan Mesej apabila seseorang membuat perubahan dalam Kumpulan Tab Dikongsi.
Tambah dan keluarkan orang daripada Kumpulan Tab
Buka app Safari
pada iPad anda.
Ketik
.
Ketik Urus Kumpulan Tab Dikongsi, kemudian lakukan mana-mana daripada berikut:
Keluarkan seseorang: Ketik nama, kemudian ketik Keluarkan Akses.
Tambah seseorang: Ketik Kongsi Dengan Lebih Ramai Orang, kemudian ketik Mesej untuk menjemput mereka.
Berhenti Berkongsi dengan semua orang: Ketik Henti Berkongsi.
Mulakan perbualan Mesej, audio atau video daripada Safari
Anda boleh memulakan perbualan—menggunakan Mesej, audio FaceTime, atau video FaceTime—dengan semua orang yang berkongsi Kumpulan Tab, tanpa meninggalkan Safari.
Dalam Safari, ketik , kemudian ketik mesej, audio, atau video untuk memulakan perbualan.