Semak e-mel anda dalam Mail pada iPad
Dalam app Mail , anda boleh membaca e-mel, menambah kenalan dan mempratonton kandungan e-mel tanpa membukanya.

Baca e-mel
Daripada senarai peti masuk anda, ketik e-mel yang anda mahu baca.
Gunakan Ingatkan Saya untuk kembali ke e-mel kemudian
Jika anda tidak mempunyai masa untuk mengendalikan e-mel serta-merta, anda boleh mengeset masa dan tarikh untuk menerima peringatan serta membawa mesej balik ke bahagian atas peti masuk.
Ketik di bahagian kanan bawah e-mel, ketik Ingatkan Saya, kemudian pilih masa untuk diingatkan.
Petua: Anda boleh menambahkan Ingatkan Saya ke bar alat dalam App Mail, untuk menjadikannya mudah diakses. Lihat Sesuaikan bar alat Mail.
Pratonton e-mel dan senarai pilihan
Daripada senarai peti mel, sentuh dan tahan e-mel untuk mempratonton kandungannya dan melihat senarai pilihan untuk membalas, mengalihkannya dan banyak lagi.
Tunjukkan pratonton yang lebih panjang untuk setiap e-mel
Dalam senarai peti mel anda, Mail memaparkan dua baris teks untuk setiap e-mel secara lalai. Anda boleh memilih untuk melihat lebih banyak baris teks tanpa membuka e-mel.
Pergi ke Seting > Mail > Pratonton (di bawah Senarai Mesej), kemudian pilih sehingga lima baris.
Tunjukkan keseluruhan perbualan
Pergi ke Seting > Mail, kemudian aktifkan Susun ikut Jaluran (di bawah Jaluran).
Nota: Anda juga boleh menukar seting lain dalam Seting > Mail—seperti Runtuhkan Mesej Dibaca atau Mesej Terbaharu di Atas.
Tunjukkan label Kepada dan Sk dalam Peti Masuk anda
Pergi ke Seting > Mail, kemudian aktifkan Tunjukkan Label Kepada/Sk (di bawah Senarai Mesej).
Anda juga boleh melihat peti mel Kepada/Sk, yang mengumpulkan semua mel yang dialamatkan kepada anda. Untuk menunjukkan atau menyembunyikannya, ketik di penjuru kiri atas app Mail, ketik Edit di atas Peti Mel, kemudian pilih “Kepada atau Sk”.
Tambah seseorang ke kenalan anda atau jadikan mereka VIP
Anda boleh menyimpan seseorang ke kenalan anda untuk mencari e-mel mereka semula pada masa depan dengan mudah atau membuatkan mereka VIP supaya sebarang e-mel yang anda terima daripada mereka dibintangkan secara automatik. Dalam e-mel, ketik nama orang atau alamat e-mel, kemudian lakukan salah satu daripada berikut:
Tambah ke kenalan anda: Ketik Cipta Kenalan Baharu, atau Tambah ke Kenalan Sedia Ada.
Anda boleh menambah nombor telefon, alamat e-mel lain dan banyak lagi.
Tambah pada senarai VIP anda: Ketik Tambah ke VIP.