Beli buku dan buku audio pada iPad
Dalam app Buku , anda boleh mencari jualan teratas hari ini, melihat carta teratas, meneroka siri dan melayari senarai diurus oleh editor Apple Books. Selepas anda memilih buku atau buku audio, anda boleh membaca atau mendengarnya terus dalam app Buku.
Buka app Buku
pada iPad anda.
Ketik
atau putarkan iPad ke paparan landskap untuk melihat bar sisi secara automatik.
Ketik Kedai Buku atau Kedai Buku Audio untuk melayari tajuk, atau ketik Cari untuk mencari tajuk, pengarang, siri atau genre khusus.
Petua: Ketik Bahagian Layari di bahagian atas skrin untuk melihat tajuk dalam kategori seperti Carta Teratas dan Kelab Buku, atau genre seperti Biografi & Memoir dan Remaja.
Ketik kulit buku untuk melihat butiran lanjut, membaca sampel, mendengar pratonton, atau menandakan sebagai Ingin Baca.
Ketik Beli untuk membeli tajuk, atau ketik Dapatkan untuk memuat turun tajuk percuma.
Semua pembelian dibuat dengan kaedah bayaran dikaitkan dengan Apple ID anda.
Pada model iPad yang disambungkan ke rangkaian selular, anda boleh membenarkan buku dan buku audio dimuat turun secara automatik apabila anda tidak disambungkan ke Wi-Fi. Pergi ke Seting > Buku, kemudian aktifkan Muat Turun Automatik. Ketik Muat Turun, kemudian pilih Sentiasa Benarkan, Minta Jika Melebihi 200 MB atau Sentiasa Minta.