Tandakan AirTag atau item lain sebagai hilang dalam Cari pada iPad
Jika anda kehilangan AirTag atau item pihak ketiga yang didaftarkan ke Apple ID, anda boleh menggunakan app Cari untuk menandakannya sebagai hilang.
Ketahui cara mendaftarkan AirTag atau item pihak ketiga.
Nota: Mencari item tidak tersedia di semua negara atau rantau.
Apakah yang berlaku apabila anda menandakan item sebagai hilang?
Anda boleh menambah mesej yang mengatakan item hilang dan menyertakan nombor telefon atau alamat e-mel anda.
Jika orang lain menemui item anda, mereka boleh menggunakan peranti disokong untuk melihat tapak web dengan mesej Mod Hilang.
Aktifkan Mod Hilang untuk item
Untuk menandakan item sebagai hilang, anda perlu mengaktifkan Mod Hilang.
Ketik Item di bahagian kiri bawah skrin, kemudian ketik nama item yang hilang.
Di bawah Mod Hilang, ketik Dayakan.
Ikuti arahan atas skrin untuk memasukkan nombor telefon yang boleh digunakan untuk menghubungi anda. Untuk memasukkan alamat e-mel, ketik “Gunakan alamat e-mel”.
Penting: Pastikan anda membenarkan pemberitahuan untuk app Cari. Lihat Tukar seting pemberitahuan pada iPad.
Ketik Aktifkan.
Tukar maklumat hubungan dalam mesej Mod Hilang
Ketik Item di bahagian kiri bawah skrin, kemudian ketik nama item yang hilang.
Di bawah Mod Hilang, ketik Didayakan.
Edit nombor telefon atau alamat e-mel, kemudian ketik Simpan.
Nyahaktifkan Mod Hilang untuk item
Apabila anda menemui item anda yang hilang, nyahaktifkan Mod Hilang.
Ketik Item di bahagian kiri bawah skrin, kemudian ketik nama item.
Di bawah Mod Hilang, ketik Didayakan.
Ketik Nyahaktifkan Mod Hilang, kemudian ketik Nyahaktifkan.