Tambah foto, video dan banyak lagi ke nota pada iPad
Dalam app Nota , anda boleh menambahkan foto, video dan info daripada app lain, seperti peta, pautan dan dokumen, kepada nota.
Tambahkan foto atau video
Buka app Nota
pada iPad anda.
Dalam nota, ketik
.
Pilih foto atau video daripada pustaka foto anda, atau ambil gambar atau video baharu.
Petua: Untuk melukis pada foto, ketik foto, kemudian ketik .
Untuk menyimpan foto atau video yang anda ambil dalam Nota ke app Foto, pergi ke Seting > Nota, kemudian aktifkan Simpan ke Foto.
Tukar saiz pratonton lampiran
Anda boleh menukar saiz pratonton yang berikut:
Lampiran tunggal: Sentuh dan tahan lampiran, ketik Lihat Sebagai, kemudian pilih Kecil atau Besar.
Semua lampiran dalam nota: Ketik
, ketik Paparan Lampiran, kemudian pilih Setkan Semua kepada Kecil atau Setkan Semua kepada Besar.
Tambahkan info daripada app lain ke nota
Anda boleh menambahkan maklumat daripada app lain sebagai lampiran ke nota—sebagai contoh, lokasi dalam Peta, halaman web dalam Safari, PDF dalam Fail, atau gambar skrin.
Dalam app lain, buka item yang anda mahu kongsikan (contohnya, peta atau halaman web).
Ketik Kongsi atau
, kemudian ketik Nota.
Simpan item ke nota baharu atau pilih nota sedia ada.
Lihat semua lampiran dalam Nota
Di atas senarai nota, ketik
, kemudian ketik Lihat Lampiran untuk melihat imej kecil foto, pautan, dokumen dan lampiran lain. (Lampiran dalam nota dikunci tidak ditunjukkan.)
Untuk pergi ke nota dengan lampiran tertentu, ketik imej kecil lampiran, kemudian ketik Tunjukkan dalam Nota.