Ambil Live Photo dengan kamera iPad anda
Gunakan Kamera untuk mengambil Live Photo dengan iPad anda. Live Photo menangkap perkara yang berlaku sejurus sebelum dan selepas anda mengambil foto, termasuk audio. Anda mengambil Live Photo sama seperti anda mengambil foto biasa.
Live Photo tersedia pada model disokong.
Ambil Live Photo
Buka Kamera pada iPad anda.
Pastikan Kamera disetkan ke mod Foto dan Live Photo diaktifkan.
Nota: Live Photo aktif secara lalai. Apabila aktif, anda akan melihat butang Live Photo
berwarna kuning di bahagian kanan skrin.
Ketik butang Pengatup untuk mengambil Live Photo.
Untuk memainkan Live Photo, ketik imej kecil foto di bawah butang Pengatup, kemudian sentuh dan tahan skrin.
Live Photo disimpan secara automatik dalam pustaka foto anda dalam app Foto . Untuk menambah kesan seperti lantun dan gelung ke Live Photo, lihat Tambah kesan pada Live Photo.
Nyahaktifkan Live Photo
Buka Kamera pada iPad anda.
Pastikan Kamera disetkan kepada mod Foto.
Ketik butang Live Photo
di sebelah kanan skrin supaya garis condong kelihatan menerusi butang.
Jika anda telah mengambil Live Photo dan mahu menyahaktifkan kesan, lihat Buat pengeditan Live Photo.