Tandakan tapak web dalam Safari pada iPad
Dalam app Safari , anda boleh menandakan tapak web, menyusun penanda buku anda atau menambahkan ikon tapak web ke Skrin Utama supaya mudah dilawati semula kemudian.

Tandakan tapak web
Ketik
di sebelah kanan medan carian.
Ketik Tambah Penanda Buku.
Tandakan tab terbuka
Cubit tutup dengan tiga jari untuk melihat semua tab anda.
Sentuh dan tahan salah satu daripada tab anda, kemudian ketik Tambah Penanda Buku untuk [jumlah] Tab.
Lihat dan susun penanda buku anda
Ketik
, kemudian ketik Penanda Buku.
Ketik Edit, kemudian lakukan mana-mana yang berikut:
Cipta folder baharu: Ketik Folder Baharu di bahagian kiri bawah, masukkan nama, kemudian ketik Selesai.
Alihkan penanda buku ke dalam folder: Ketik penanda buku, ketik Lokasi, kemudian ketik folder. Ketik
untuk kembali ke penanda buku anda.
Padam penanda buku: Ketik
.
Namakan semula penanda buku: Ketik penanda buku, masukkan nama baharu, kemudian ketik Selesai.
Susun semula penanda buku: Sentuh dan tahan
, kemudian seret penanda buku ke lokasi baharu.
Lihat penanda buku Mac anda pada iPad
Pergi ke Seting
> [nama anda] > iCloud.
Ketik Tunjukkan Semua (di bawah App Menggunakan iCloud), kemudian pastikan Safari diaktifkan.
Nota: Anda juga mesti mengaktifkan Safari dalam seting iCloud pada Mac anda dan mendaftar masuk dengan Apple ID yang sama. Lihat Sediakan iCloud untuk app Safari pada semua peranti anda dalam Panduan Pengguna iCloud.
Tambah ikon tapak web ke Skrin Utama
Anda boleh menambah ikon tapak web ke Skrin Utama iPad anda untuk akses cepat.
Semasa melihat tapak web, ketik dalam bar menu, kemudian ketik Tambah ke Skrin Utama.
Ikon kelihatan pada peranti yang anda tambahnya sahaja.
Nota: Sesetengah tapak web mungkin meminta kebenaran anda untuk menghantar pemberitahuan kepada anda. Anda boleh menukar seting pemberitahuan anda pada bila-bila masa. Lihat Tukar seting pemberitahuan.