Lihat foto dan video dalam Foto pada iPad
Gunakan app Foto untuk mencari dan melihat semua foto dan video pada iPad anda.

Cara foto dan video disusun dalam Foto
Leret daripada pinggir kiri skrin, atau ketik , untuk membuka bar sisi dan menavigasi Foto. Ketik item dalam bar sisi untuk melihat foto disusun dalam cara yang berbeza.
Pustaka: Layari foto dan video anda yang disusun mengikut hari, bulan, tahun dan semua foto.
Untuk Anda: Lihat memori, foto dikongsi dan foto ditampilkan anda dalam suapan yang diperibadikan; lihat Tonton memori dalam Foto pada iPad.
Orang: Layari foto anda mengikut orang dan haiwan peliharaan yang dicam oleh Foto; lihat Kenal pasti orang dan haiwan peliharaan dalam Foto pada iPad.
Tempat: Layari mengikut lokasi tempat foto diambil; lihat Layari foto mengikut lokasi pada iPad.
Utiliti dan Jenis Media: Lihat album yang dicipta secara automatik untuk menyusun foto anda mengikut kategori—contohnya, Video dan Live Photo.
Album: Lihat album yang anda cipta atau kongsi; lihat Gunakan foto album dalam Foto pada iPad dan Edit, kongsi dan susun album dalam iPad.
Layari foto dalam pustaka anda
Untuk melayari foto dan video anda mengikut masa ia diambil, ketik Pustaka, kemudian pilih mana-mana yang berikut:
Tahun: Cari tahun tertentu dalam pustaka foto anda dengan cepat.
Bulan: Lihat koleksi foto yang anda ambil sepanjang bulan, disusun mengikut peristiwa penting—seperti persiaran keluarga, peristiwa sosial, majlis hari lahir, atau perjalanan.
Hari: Lihat foto terbaik anda dalam tertib kronologi, dikumpulkan mengikut masa atau tempat foto diambil.
Semua Foto: Lihat semua foto dan video anda.
Petua: Semasa melihat Semua Foto, cubit skrin untuk zum masuk atau keluar. Anda juga boleh mengetik untuk zum masuk atau keluar, lihat foto mengikut nisbah aspek, tapis foto, atau tunjukkan foto pada peta.

Paparan Tahun, Bulan dan Hari diurus untuk menunjukkan tangkapan terbaik anda dan serakan visual seperti foto yang serupa, petikan, papan putih dan resit tidak ditunjukkan. Untuk melihat semua foto dan video, ketik Semua Foto.
Lihat foto individu
Ketik foto untuk melihatnya dalam skrin penuh pada iPad anda.
Dwiketik atau cubit buka untuk zum masuk pada foto—seret untuk melihat bahagian lain foto; dwiketik atau cubit tutup untuk zum keluar semula.

Petua: Semasa melihat Live Photo , sentuh dan tahan foto untuk memainkannya.
Ketik untuk menambah foto ke album Kegemaran anda. Lihat Gunakan album foto dalam Foto.
Ketik , atau seret foto ke bawah untuk terus melayari atau balik ke hasil carian.
Lihat maklumat foto dan video
Untuk melihat maklumat metadata yang disimpan tentang foto atau video, buka foto atau video, kemudian ketik atau leret ke atas. Bergantung pada foto atau video, anda melihat butiran berikut:
Orang dikenal pasti dalam foto
Medan kapsyen untuk menerangkan foto atau video dan memudahkan anda mencari foto dalam Cari
Item dikesan oleh Rujukan Visual
Sama ada foto dikongsi dengan anda dalam Mesej atau app lain, atau Pustaka Foto Dikongsi iCloud
Tarikh dan masa foto atau video diambil; ketik Laraskan untuk mengedit tarikh dan masa
Metadata kamera seperti lensa, kelajuan pengatup, saiz fail dan banyak lagi
Tempat foto atau video diambil; ketik pautan untuk melihat lokasi dalam Peta; ketik Laraskan untuk mengedit lokasi
