Perihal iMessage pada iPad
iMessage ialah perkhidmatan pemesejan selamat yang anda boleh gunakan untuk menghantar dan menerima mesej dalam app Mesej pada iPhone, iPad, Mac, atau Apple Watch anda.
Jika seseorang menghantar mesej ke alamat e-mel atau nombor telefon anda menggunakan iMessage, anda menerima mesej pada semua peranti Apple anda yang disediakan untuk menerima mesej yang dihantar ke alamat e-mel atau nombor telefon tersebut. Apabila anda melihat perbualan iMessage, anda melihat semua mesej dihantar daripada sebarang peranti supaya anda boleh kekal berhubung dengan orang lain di mana sahaja anda berada.
Anda memerlukan Apple ID untuk menggunakan beberapa ciri iMessage. Jika anda pernah membuat pembelian daripada iTunes Store atau App Store atau anda telah mendaftar masuk ke iCloud, anda mempunyai Apple ID.

Beberapa perkara untuk diketahui tentang berkomunikasi dalam iMessage:
Anda boleh menghantar teks melalui Wi-Fi.
Teks yang anda hantar dan terima menggunakan iMessage tidak dikira daripada peruntukan SMS/MMS anda dalam pelan pemesejan selular telefon anda, tetapi kadar data selular mungkin dikenakan.
Apabila anda berkomunikasi dengan orang lain yang juga menggunakan iMessage pada peranti Apple, teks kelihatan dalam gelembung biru. (Mesej SMS/MMS kelihatan dalam gelembung hijau.)
Mesej anda akan dihantar dengan iMessage apabila anda melihat butang hantar
biru; butang hantar hijau menandakan mesej akan dihantar dengan SMS/MMS atau perkhidmatan selular anda.
Apabila anda berada dalam perbualan dengan orang lain, anda berdua boleh melihat jika seseorang sedang menulis mesej. Jika orang lain tersebut mengaktifkan resit dibaca, anda juga boleh melihat jika dia telah membuka mesej anda.
Anda boleh menggunakan lebih banyak app dan ciri, seperti Tapback, kesan mesej, kerjasama, balasan sebaris, buat asal hantar, mesej audio, Memoji, pelaporan sarap, pengurusan perbualan kumpulan dan lain-lain.
Untuk keselamatan, mesej yang dihantar menggunakan iMessage adalah disulitkan hujung ke hujung sebelum dihantar dan anda juga boleh menggunakan Pengesahan Kunci Kenalan.
Apabila anda menggunakan iMessage, anda boleh melaporkan mesej spam atau sarap kepada Apple.