Tukar seting Kandungan Dituturkan untuk kebolehcapaian pada Mac
Pada Mac anda, gunakan seting Kandungan Dituturkan untuk menyesuaikan suara sistem, dimaklumkan apabila isyarat atau app memerlukan perhatian anda dan mengesetkan pilihan lain untuk kandungan yang Mac anda boleh sebut dengan lantang.
Untuk menukar seting ini, pilih menu Apple > Seting Sistem, klik Kebolehcapaian dalam bar sisi, kemudian klik Kandungan Dituturkan di sebelah kanan. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Buka seting Kandungan Dituturkan untuk saya
Pilihan | Perihalan |
---|---|
Bahasa pertuturan sistem | Pilih bahasa yang anda mahu Mac anda gunakan untuk menuturkan teks dan isyarat, jika bahasa berbeza daripada bahasa sistem. |
Suara sistem | Pilih suara untuk menuturkan teks dan isyarat. Klik untuk melaraskan seting bagi suara, seperti kelajuan atau kelantangan ia bertutur, atau mainkan sampel. Lihat Tukar suara yang Mac anda gunakan untuk menyebut teks. Nota: Suara tidak tersedia dalam semua bahasa. Lihat artikel Sokongan Apple Bahasa yang disokong oleh VoiceOver. |
Kesan bahasa | Jika anda membaca teks dalam berbilang bahasa, buatkan Mac anda bertukar antara bahasa apabila ia menuturkan teks. Apabila pilihan ini dinyahaktifkan, teks disebutkan menggunakan bahasa pertuturan sistem yang anda setkan (atas). |
Sebutan | Jika anda telah mentakrifkan sebutan tersuai untuk Kandungan Tersuai, aktifkan atau nyahaktifkannya. Untuk mengedit sebutan tersuai, klik . |
Sebutkan pengumuman | Jadikan Mac anda mengumumkan dan menyebut dialog serta pengumuman lain. Lihat Buatkan Mac anda menyebut pengumuman. Untuk menyesuaikan, klik , kemudian pilih suara, frasa yang anda mahu dengar (seperti nama app atau “Perhatian!”) sebelum pengumuman disebut dan tempoh Mac anda menunggu sebelum ia menyebut. Klik Mainkan Sampel untuk mendengar sampel. |
Sebutkan pilihan | Jadikan Mac anda menyebut teks dipilih apabila anda menekan pintasan papan kekunci yang ditentukan. Lihat Buatkan Mac anda menyebut teks pada skrin. Untuk menyesuaikan, klik :
|
Sebutkan item di bawah penuding | Jadikan Mac anda mengenal pasti item di bawah penuding. Untuk menyesuaikan, klik , kemudian pilih masa Mac anda menyebut item (sepanjang masa atau hanya apabila anda menggunakan zum), paras butiran (dipanggil berjela) (Tinggi, Sederhana, atau Rendah) dan tempoh untuk Mac anda menunggu sebelum menyebut. |
Sebutkan maklum balas penaipan | Buatkan Mac anda menyebut perkara yang anda taip atau tekan menggunakan papan kekunci. Untuk menyesuaikan, klik :
|
Anda boleh mengesetkan pintasan papan kekunci untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan pilihan seperti “Sebutkan pilihan”, “Sebutkan item di bawah penuding” dan “Sebutkan maklum balas penaipan”. Pilih menu Apple > Seting Sistem, klik Papan Kekunci dalam bar sisi (anda mungkin perlu skrol ke bawah), klik Pintasan Papan Kekunci di sebelah kanan, kemudian klik Kebolehcapaian. Lihat Gunakan pintasan papan kekunci macOS.
Jika Mac anda bercakap walaupun anda tidak mengesetkan pilihan untuknya, anda mungkin mengaktifkan VoiceOver secara tidak sengaja, pembaca skrin terbina dalam menerangkan perkara yang muncul pada skrin anda dengan lantang. Untuk menyahaktifkan VoiceOver, tekan Command-F5. Jika Mac atau Magic Keyboard anda mempunyai Touch ID, tekan dan tahan kekunci Command sambil menekan Touch ID tiga kali dengan cepat.