Keutamaan Pertuturan
Gunakan anak tetingkap Pertuturan dari Keutamaan Sistem Kebolehcapaian untuk menyesuaikan suara sistem, dimaklumkan apabila isyarat atau aplikasi memerlukan perhatian anda dan setkan pintasan untuk bercakap teks yang dipilih.
Untuk membuka anak tetingkap ini, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Kebolehcapaian, kemudian klik Pertuturan.
Buka anak tetingkap Pertuturan untuk saya
Suara Sistem | Pilih suara untuk menyebut teks dan amaran. Untuk maklumat lanjut, lihat Tukar suara yang Mac anda gunakan untuk menyebut teks. |
Kadar Pertuturan | Tetapkan kelajuan di mana teks bercakap. Klik butang Main untuk mendengar sampel teks dicakapkan. |
Dayakan pengumuman | Jadikan Mac anda mengumumkan dan bercakap isyarat. Untuk menyesuaikan, klik Pilihan, kemudian pilih suara, frasa yang anda mahu dengar (seperti nama aplikasi atau "Perhatian!") sebelum amaran dicakapkan; dan tempoh Mac anda menunggu sebelum ia bercakap amaran. Untuk maklumat lanjut, lihat Buatkan Mac anda bercakap mesej isyarat. |
Tuturkan teks dipilih apabila kekunci ditekan | Jadikan Mac anda bercakap teks yang anda pilih apabila anda menekan kekunci yang ditentukan. Untuk menyesuaikan, klik Ubah Kekunci, kemudian tekan gabungan kekunci yang anda ingin gunakan. (Contohnya, tekan kekunci Option dan Tab bersama untuk mengubah kepada Option+Tab.) Untuk maklumat lanjut, lihat Buatkan Mac anda menyebut teks pada skrin. |