Seting Siri pada Mac
Pada Mac anda, gunakan seting Siri untuk mengaktifkan dan menyesuaikan pilihan untuk Siri.
Layari menerusi pilihan di bawah untuk mendapatkan butiran tentang menyesuaikan seting anda.
Untuk membuka seting ini, pergi ke app Seting Sistem , kemudian klik Siri dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Nota: Pilihan yang anda lihat bergantung pada versi Siri yang anda gunakan.
Seting Siri
Pilihan | Perihalan | ||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Aktifkan Siri | Gunakan untuk mengaktifkan Siri untuk melakukan tugasan setiap hari, mendapatkan jawapan cepat dan banyak lagi. Nota: Pilihan ini hanya kelihatan jika Siri dinyahaktifkan. Jika anda menyahaktifkan Siri dan mengaktifkannya semula kemudian, anda mungkin perlu menyediakan Siri sekali lagi. | ||||||||||
Permintaan | Pilih cara anda mahu mengaktifkan Siri. Anda boleh memilih untuk mengaktifkan Siri dengan suara anda dengan menyebut “Hai Siri” atau “Siri” atau menyahaktifkan pendengaran dan klik ikon Siri atau menggunakan pintasan papan kekunci. Untuk menyemak sama ada “Hai Siri” atau “Siri” tersedia untuk peranti, bahasa dan rantau anda, lihat tapak web Ketersediaan Ciri macOS. | ||||||||||
Bahasa | Tukar bahasa dan dialek untuk digunakan dengan Siri. Siri tidak tersedia dalam semua bahasa atau negara atau rantau. Lihat Tukar bahasa Siri. | ||||||||||
Suara | Pilih suara diutamakan untuk Siri daripada pilihan Variasi dan pilihan Suara. Sesetengah bahasa mungkin hanya mempunyai satu pilihan. Lihat Tukar suara Siri. | ||||||||||
Perihal Tingkatkan Siri, Perencanaan & Privasi | Ketahui cara Siri menghantar data tertentu kepada Apple untuk diproses dan membantu membalas permintaan anda, serta cara anda boleh mengawal jenis data yang disimpan. | ||||||||||
Respons | Pilih satu daripada pilihan berikut:
Pilih Sentiasa Tunjukkan Permintaan untuk menunjukkan transkripsi pertuturan anda atas skrin. Lihat Tukar cara Siri membalas. | ||||||||||
ChatGPT | Pilih untuk menggunakan ChatGPT bagi membantu menulis teks, mencipta imej, menjawab soalan dan banyak lagi. Nota: Pilihan ini hanya tersedia dengan Apple Intelligence. Apple Intelligence pada macOS 27 tidak tersedia dalam semua bahasa atau rantau. Had penggunaan mungkin dikenakan.* Lakukan mana-mana daripada berikut:
| ||||||||||
Rujukan Visual Automatik | Pilih sama ada anda mahu mengenal pasti objek dan tempat yang kelihatan dalam gambar skrin secara automatik. Nota: Pilihan ini hanya tersedia dengan Apple Intelligence. | ||||||||||
Akses App | Pilih app yang anda mahu Siri pelajari dan tunjukkan cadangan Siri. Lihat Sesuaikan app yang boleh diakses oleh Siri. | ||||||||||
Nyahaktifkan Siri | Klik untuk mentahaktifkan Siri. | ||||||||||