![](https://help.apple.com/assets/605932B4A1B7A93F492858E8/605932C0A1B7A93F492858FF/ms_MY/1cc530ec6f81ec5c6dbd5fe1690388b6.png)
Tukar keutamaan Siri pada Mac
Pada Mac anda, gunakan keutamaan Siri untuk memilih bahasa dan suara, mengaktifkan dan menyahaktifkan maklum balas suara dan mengurus app yang Siri boleh belajar daripadanya dan buat cadangan. Ketahui cara untuk menggunakan Siri pada Mac anda.
Untuk membuka keutamaan Siri, pilih menu Apple
Buka keutamaan Siri untuk saya
Pilihan | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Dayakan Minta Siri | Gunakan Siri untuk melakukan tugasan setiap hari, mendapatkan jawapan cepat dan banyak lagi. Untuk berhenti menggunakan Siri, nyahpilih kotak semak. (Siri terus belajar daripada dan membuat cadangan dalam app.) Jika anda minta Siri sesuatu apabila kotak semak tidak dipilih, anda digesa untuk mendayakan Siri. Anda mesti bersambung ke internet untuk menggunakan Siri. | ||||||||||
Dengar untuk “Hai Siri” (tersedia pada sesetengah model Mac) Dengar untuk “Hai Siri” pada AirPods (tersedia apabila anda memasangkan AirPods yang menyokong Hai Siri) | Pilih kotak semak supaya dapat menyebut “Hai Siri” untuk mula menggunakan Siri, berbanding mengklik ikon Siri atau menggunakan pintasan papan kekunci. Untuk berhenti menggunakan Hai Siri, nyahpilih kotak semak. Pilihan ini hanya tersedia jika Mac atau AirPods dipasangkan anda menyokong Hai Siri. Jika anda menyahaktifkan Minta Siri dan kemudian mengaktifkannya semula kemudian, anda mungkin perlu untuk menyediakan Hai Siri semula. | ||||||||||
Benarkan Siri apabila dikunci (tersedia apabila Dengar untuk “Hai Siri” diaktifkan) | Gunakan Siri walaupun Mac anda dikunci atau dalam tidur. Hanya sebut “Hai Siri,” kemudian buat permintaan anda. Bergantung pada permintaan, anda mungkin perlu membuka kunci Mac anda. | ||||||||||
Pintasan Papan Kekunci | Klik menu timbul Pintasan Papan Kekunci, kemudian pilih pintasan untuk meminta Siri. Untuk mencipta pintasan anda sendiri, klik menu timbul Pintasan Papan Kekunci, pilih Sesuaikan, kemudian tekan kekunci yang anda mahu gunakan. Sebagai contoh, anda boleh tekan Option-Z. | ||||||||||
Bahasa | Pilih bahasa dan dialek yang anda mahu gunakan untuk tanya Siri; Siri akan gunakan bahasa dan dialek yang sama untuk bertutur pada anda. Siri tidak tersedia dalam semua bahasa atau negara atau rantau. | ||||||||||
Kepelbagaian Suara | Pilih variasi suara yang muncul dalam pilihan Suara Siri. Sesetengah bahasa mungkin tidak mempunyai kepelbagaian suara. | ||||||||||
Suara Siri | Pilih suara pilihan untuk Siri. Sesetengah bahasa mungkin hanya mempunyai satu suara. | ||||||||||
Maklum Balas Suara | Aktif dan nyahaktifkan maklum balas suara (respons dituturkan) daripada Siri. Jika anda nyahaktifkan maklum balas, respons daripada Siri ditunjukkan dalam tetingkap Siri tetapi tidak dituturkan. | ||||||||||
Sejarah Siri | Padam interaksi Siri dan Perencanaan yang anda lakukan pada Mac ini daripada pelayan Apple. Lihat Padam sejarah Siri dan Perencanaan. | ||||||||||
Tunjukkan Siri dalam bar menu | Tunjukkan ikon Siri dalam bar menu—cara lain untuk tanya Siri dengan cepat. Anda juga boleh menggunakan Keutamaan Dock & Bar Menu untuk menunjukkan Siri dalam bar menu. | ||||||||||
Cadangan & Privasi Siri | Pilih app yang Siri boleh mempelajari dan membuat cadangan. Lihat Sesuaikan cadangan Siri. | ||||||||||
Perihal Siri & Privasi (tersedia apabila anda mengklik Cadangan Siri & Privasi) | Klik untuk mengetahui cara Siri menghantar perkara yang anda sebutkan dan maklumat lain seperti nama anda, kenalan anda dan data lain kepada Apple untuk memahami anda dengan lebih baik serta mengenali perkara yang anda sebutkan. |
Jika pertuturan adalah sukar untuk anda atau anda tidak mahu orang lain mendengar permintaan Siri, anda boleh menaip permintaan anda pada Siri dan bukannya bercakap. Lihat Tukar keutamaan Siri untuk kebolehcapaian.
Untuk berkongsi atau berhenti berkongsi rakaman audio Perencanaan dan Siri anda dengan Apple pada bila-bila masa, pilih atau nyahpilih kotak semak Tingkatkan Siri & Perencanaan dalam bahagian Analitis & Peningkatan daripada keutamaan Privasi. Lihat Tukar keutamaan Privasi.