
Anjakkan ke warna lebih panas pada Mac anda
Anda boleh menjadualkan Night Shift untuk membuatkan warna paparan anda lebih panas pada masa tertentu dalam hari atau semasa matahari terbenam. Warna skrin lebih panas adalah lebih ringan pada mata anda semasa anda menggunakan Mac anda pada waktu malam atau dalam keadaan cahaya rendah. Juga, pendedahan kepada warna biru terang pada waktu petang boleh membuatkan anda sukar untuk tidur. Anda boleh mengaktifkan atau menyahaktifkan Night Shift pada bila-bila masa—sebagai contoh, jika anda dalam bilik yang digelapkan.
Petua: Anda juga boleh mengaktifkan dan menyahaktifkan Night Shift menggunakan Pusat Kawalan. Klik dalam bar menu, klik Paparan, kemudian klik Night Shift. Anda juga boleh menggunakan Siri untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan Night Shift.
Pada Mac anda, pilih menu Apple
> Seting Sistem, kemudian klik Paparandalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Klik Night Shift, kemudian lakukan satu daripada berikut:
Anjakkan ke warna lebih panas pada masa yang disetkan pada waktu malam: Klik menu timbul Jadual, pilih Tersuai, kemudian pilih masa anda mahu Night Shift bermula dan tamat.
Anjakkan ke warna lebih panas semasa matahari terbenam: Klik menu timbul Jadual, kemudian pilih Matahari Terbenam hingga Terbit.
Untuk mengaktifkan Night Shift secara automatik semasa matahari terbenam, Mac anda menggunakan lokasi anda untuk menentukan bila waktu malam untuk anda. Untuk menggunakan pilihan ini, anda mesti mengaktifkan Perkhidmatan Lokasi.
Anjakkan ke warna lebih panas secara manual: Aktifkan pilihan “Aktifkan sehinggan [masa]”. Night Shift kekal aktif sehingga hari seterusnya atau sehingga anda menyahaktifkannya.