Gunakan Night Shift pada Mac
Gunakan Night Shift untuk melaraskan warna paparan anda secara automatik kepada warna lebih panas pada spektrum warna pada waktu malam. Warna skrin lebih panas adalah lebih ringan pada mata anda semasa anda menggunakan Mac anda pada waktu malam atau dalam keadaan cahaya rendah. Serta pendedahan terhadap warna biru terang pada waktu petang boleh membuatkan anda sukar untuk tidur.
Nota: Untuk mengetahui jika Mac anda menyokong Night Shift, lihat Artikel Sokongan Apple Cara menggunakan Night Shift pada Mac anda.
Jadualkan Night Shift untuk diaktifkan secara automatik
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Paparan, kemudian klik Night Shift.
Klik menu timbul Jadual, kemudian pilih pilihan.
Nyahktif: Pilih ini jika anda tidak mahu Night Shift diaktifkan secara automatik.
Khusus: Pilih ini untuk menentukan masa anda mahu Night Shift diaktifkan dan dinyahaktifkan.
Matahari Terbenam hingga Terbit: Pilih ini untuk menggunakan Night Shift dari matahari terbenam ke matahari terbit.
Jika anda memilih pilihan ini, Mac anda menggunakan lokasi anda untuk menentukan bila waktu malam untuk anda. Untuk menggunakan pilihan ini, anda mesti mengaktifkan Perkhidmatan Lokasi. Pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Keselamatan & Privasi, kemudian klik Privasi. Pilih Dayakan Perkhidmatan Lokasi, skrol bawah ke Perkhidmatan Sistem, klik butiran, pilih Mengeset Zon Waktu, kemudian klik Selesai.
Aktifkan dan nyahaktifkan Night Shift secara manual
Walaupun anda setkan jadual untuk Night Shift, anda boleh mengaktifkan atau menyahaktifkannya pada bila-bila masa—sebagai contoh, jika anda dalam bilik digelapkan.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Paparan, kemudian klik Night Shift.
Pilih Manual untuk mengaktifkan Night Shift.
Night Shift kekal aktif sehingga hari seterusnya atau sehingga anda menyahaktifkannya. Untuk nyahaktifkannya, nyahpilih Manual.
Petua: Anda juga boleh mengaktifkan dan menyahaktifkan Night Shift dalam Pusat Pemberitahuan. Buka Pusat Pemberitahuan, leret ke bawah, kemudian klik butang Night Shift. Atau minta Siri aktifkan atau nyahaktifkan untuk anda.
Setkan suhu warna
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Paparan, kemudian klik Night Shift.
Seret penggelongsor untuk menukar suhu warna digunakan Night Shift.