Tukar keutamaan Paparan Night Shift pada Mac
Pada Mac anda, gunakan anak tetingkap Night Shift untuk mengganjakkan paparan anda kepada warna lebih panas pada spektrum warna. Warna skrin lebih panas adalah lebih ringan pada mata anda semasa anda menggunakan Mac anda pada waktu malam atau dalam keadaan cahaya rendah.
Nota: Untuk mengetahui jika Mac anda menyokong Night Shift, lihat Artikel Sokongan Apple Cara menggunakan Night Shift pada Mac anda.
Untuk membuka anak tetingkap ini, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Paparan, kemudian klik Night Shift.
Buka anak tetingkap Night Shift untuk saya
Jadual | Supaya Night Shift diaktifkan secara automatik pada waktu tertentu, pilih pilihan.
| ||||||||||
Manual | Pilih untuk mengaktifkan Night Shift; nyahpilih untuk menyahaktifkannya. Night Shift kekal aktif sehingga hari seterusnya atau sehingga anda menyahaktifkannya. | ||||||||||
Suhu Warna | Seret penggelongsor untuk menukar suhu warna digunakan Night Shift. | ||||||||||
Paparan AirPlay | Gunakan Pencerminan AirPlay untuk menghantar secara wayarles apa yang terpapar pada Mac anda ke paparan lain. | ||||||||||
Tunjukkan pilihan pencerminan pada bar menu apabila tersedia | Tunjukkan peranti tersedia untuk Pencerminan AirPlay dalam bar menu. | ||||||||||
Kumpulkan Tetingkap | Alihkan semua tetingkap keutamaan Paparan yang terbuka ke paparan di mana butang ini berada. Butang ini muncul hanya jika lebih daripada satu paparan disambungkan ke Mac anda. |