Tukar seting Night Shift pada Mac
Pada Mac anda, gunakan Night Shift dalam seting Paparan untuk mengganjakkan paparan anda kepada warna lebih panas pada penghujung spektrum warna. Warna skrin lebih panas adalah lebih ringan pada mata anda semasa anda menggunakan Mac anda pada waktu malam atau dalam keadaan cahaya rendah.
Nota: Untuk mengetahui jika Mac anda menyokong Night Shift, lihat Artikel Sokongan Apple Gunakan Night Shift pada Mac anda.
Untuk menukar seting ini, pilih menu Apple > Seting Sistem, klik Paparan dalam bar sisi (anda mungkin perlu skrol ke bawah), kemudian klik butang Night Shift di sebelah kanan.
Buka seting Paparan untuk saya
Pilihan | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Jadual | Pilih pilihan untuk mengaktifkan Night Shift secara automatik pada masa tertentu. Lihat Anjakkan ke warna lebih panas pada masa yang disetkan pada waktu malam pada Mac anda dan Anjakkan ke warna lebih panas semasa matahari terbenam pada Mac anda. | ||||||||||
Aktifkan sehingga esok | Aktifkan Night Shift sehingga hari seterusnya atau sehingga anda menyahaktifkannya. Lihat Anjakkan ke warna lebih panas secara manual pada Mac anda. | ||||||||||
Suhu warna | Tukar suhu warna yang Night Shift gunakan. |