Berhenti berkongsi lokasi anda dengan orang lain dalam kumpulan Perkongsian Keluarga anda pada Mac
Setiap ahli keluarga dalam kumpulan Perkongsian Keluarga boleh memilih sama ada mahu berkongsi lokasi mereka dengan ahli keluarga lain dalam seting Perkongsian Lokasi dalam Perkongsian Keluarga.
Untuk melihat lokasi peranti antara satu sama lain, ahli keluarga boleh menggunakan app Cari pada Mac, peranti iOS dan peranti iPadOS mereka. Mereka juga boleh menggunakan pelayar web untuk mengakses app Cari pada iCloud.com.
Ahli keluarga boleh menggunakan app Cari atau app Mesej untuk membantu berjumpa di tempat tertentu, melihat apabila ahli keluarga lain berdekatan, atau memastikan anak berada di tempat yang mereka dijangkakan berada.
Jika anda perlukan privasi, anda boleh berhenti berkongsi lokasi peranti anda dengan ahli keluarga individu.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Keluarga dalam bar sisi.
Jika anda tidak melihat Keluarga, sediakan Perkongsian Keluarga.
Klik Perkongsian Lokasi di sebelah kanan, kemudian nyahaktifkan perkongsian lokasi bersebelahan nama orang yang anda mahu berhenti berkongsi lokasi anda.