Henti berkongsi lokasi anda dengan orang lain dalam kumpulan Perkongsian Keluarga anda
Secara lalai, semua ahli keluarga anda boleh mencari peranti anda yang disediakan untuk app Cari dalam iCloud. Untuk melihat peranti antara satu sama lain, ahli keluarga boleh menggunakan app Cari pada Mac, iPhone dan iPad mereka. Mereka juga boleh menggunakan pelayar web komputer untuk mengakses app Cari pada iCloud.com. Ahli keluarga boleh menggunakan app Cari atau app Mesej untuk membantu berjumpa di tempat tertentu, melihat apabila ahli keluarga lain berdekatan, atau memastikan anak berada di tempat yang mereka dijangkakan berada.
Jika anda perlukan privasi, anda boleh berhenti berkongsi lokasi peranti anda dengan ahli keluarga individu.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Perkongsian Keluarga .
Pilih Perkongsian Lokasi dalam bar sisi, kemudian nyahpilih kotak semak orang yang anda mahu berkongsi lokasi anda.