Cari peranti ahli Keluarga menggunakan app Cari
Apabila anda menyertai kumpulan Perkongsian Keluarga, anda boleh membantu ahli keluarga lain mencari komputer Mac, peranti iOS atau iPadOS, Apple Watch, AirPods dan produk Beats mereka dengan menggunakan app Cari.
Untuk cari peranti keluarga anda:
Komputer Mac mesti mempunyai Cari Mac Saya dipilih dalam anak tetingkap iCloud pada keutamaan Apple ID.
Peranti iOS dan iPadOS mesti mengaktifkan pilihan Cari.
Apple Watch mesti mempunyai watchOS 3 atau lebih baru.
Secara lalai, anda boleh lihat lokasi peranti untuk setiap ahli keluarga. Jika seseorang berhenti berkongsi, dia mesti mengaktifkan perkongsian semula supaya anda dapat mencari peranti. Lihat Henti berkongsi lokasi anda dengan orang lain dalam kumpulan Perkongsian Keluarga anda.
Lihat Temui peranti dalam Cari pada Mac.
Untuk mendapatkan maklumat tentang mencari peranti ahli keluarga menggunakan peranti iOS atau iPadOS, lihat “Cari peranti ahli keluarga yang hilang” dalam panduan pengguna untuk iPhone, iPad, atau iPod touch.