Tinggalkan kumpulan Perkongsian Keluarga pada Mac
Anda hanya boleh menjadi sebahagian daripada satu kumpulan Perkongsian Keluarga pada satu masa, tetapi anda (dan ahli keluarga lain kecuali kanak-kanak) boleh mengeluarkan diri anda daripada kumpulan Perkongsian Keluarga jika anda tidak lagi mahu menyertai. Selepas anda meninggalkan satu kumpulan Perkongsian Keluarga, anda boleh menyertai atau menyediakan kumpulan lain. Walau bagaimanapun, setiap seorang hanya boleh menyertai dua kumpulan keluarga setiap tahun. (Menyertai semula kumpulan keluarga atau mencipta yang baharu dikira pada had ini).
Kanak-kanak di bawah 13 tahun tidak boleh dikeluarkan daripada kumpulan keluarga (umur berlainan mengikut negara atau rantau). Namun begitu, anda boleh memindahkan kanak-kanak ke kumpulan keluarga lain atau memadamkan Akaun Apple mereka. Memindahkan kanak-kanak di bawah 13 tahun daripada kumpulan keluarga akan menjejaskan kawalan ibu bapa yang disetkan sebelum ini dan mengeluarkan kanak-kanak di bawah 18 tahun akan mengeluarkan kawalan ibu bapa yang disetkan sebelum ini. Lihat artikel Sokongan Apple Cara memindahkan kanak-kanak ke kumpulan Perkongsian Keluarga yang lain.
Pergi ke app Seting Sistem
pada Mac anda.
Klik Keluarga dalam bar sisi.
Jika anda tidak melihat Keluarga, anda bukan sebahagian daripada kumpulan Perkongsian Keluarga.
Klik nama anda, klik Berhenti Menggunakan Perkongsian Keluarga, kemudian ikuti arahan atas skrin.
Jika anda meninggalkan kumpulan Perkongsian Keluarga, anda akan dapat menyimpan pembelian yang dibayar menggunakan kad kredit dikongsi, tetapi anda hilang akses kepada perkara lain yang dikongsi oleh ahli keluarga dengan serta-merta:
Item ahli keluarga lain tidak lagi kelihatan dalam bahagian Dibeli daripada App Store dan app Muzik, atau bahagian Pembelian Keluarga daripada Apple Books.
Muzik, filem, rancangan TV, buku dan app yang dilindungi pengurusan hak digital (DRM) yang anda muat turun sebelumnya tidak boleh digunakan lagi jika dibeli oleh orang lain pada asalnya. Ahli keluarga lain tidak boleh menggunakan lagi kandungan yang dilindungi DRM yang dimuat turun daripada koleksi anda.
Pembelian dalam app menjadi tidak tersedia jika anda membelinya menggunakan app yang dibeli oleh orang lain pada asalnya. Anda boleh mendapatkan semula akses kepada pembelian dalam app dengan membeli app itu.
Lokasi peranti ahli keluarga tidak kelihatan apabila anda menggunakan app Cari pada Mac, iPhone atau iPad anda, atau di iCloud.com.