Pilih pilihan cetak sebelum anda mencetak pada Mac
Apabila anda mencetak dokumen, anda boleh mengesetkan pilihan untuk saiz kertas, penskalaan, tataletak, cetakan dwimuka dan banyak lagi. Untuk melihatnya, pilih Fail > Cetak, kemudian skrol ke bawah dan klik kategori seperti Tataletak, Pengendalian Kertas atau Media & Kualiti. Pilihan yang tersedia bergantung pada pencetak anda dan app yang anda gunakan untuk mencetak.
Untuk mengesetkan saiz kertas lalai untuk dokumen baharu, pergi ke seting Pencetak & Pengimbas, kemudian pilih saiz daripada menu timbul “Saiz kertas lalai”.
Pilih saiz kertas, penskalaan dan kualiti
Dengan dokumen terbuka pada Mac anda, pilih Fail > Cetak.
Lakukan mana-mana yang berikut:
Setkan saiz kertas: Pilih saiz kertas daripada menu timbul Saiz Kertas.
Gunakan saiz tersuai: Klik menu timbul Saiz Kertas, pilih Urus Saiz Tersuai, klik butang Tambah, kemudian tentukan saiz yang anda mahukan (berguna untuk sampul surat atau kad).
Skala untuk muat pada kertas: Klik Pengendalian Kertas, pilih “Skala untuk muat saiz kertas”, kemudian pilih saiz kertas pencetak anda daripada menu Saiz Kertas Destinasi. Pilih Kecilkan Skala Sahaja untuk mengekalkan dokumen yang lebih kecil pada saiz asalnya.
Pilih dulang, jenis kertas atau kualiti: Klik Media & Kualiti, kemudian setkan Suapan Daripada, Jenis Media atau Kualiti. Sebagai contoh, pilih dulang tertentu atau masukkan sampul secara manual.
Setkan tataletak halaman
Dengan dokumen terbuka pada Mac anda, pilih Fail > Cetak.
Klik Tataletak, kemudian lakukan mana-mana yang berikut:
Cetak berbilang halaman per helaian: Pilih bilangan halaman daripada menu timbul Halaman per Helaian, kemudian setkan Arah Tataletak. Jika pencetak anda mencetak dwimuka, anda mungkin melihat pilihan Cetak sebagai Buku Kecil.
Tambah jidar: Pilih gaya garisan daripada menu timbul Jidar.
Balikkan atau terbalikkan halaman: Aktifkan Balikkan Mendatar untuk mencerminkan imej, atau aktifkan Terbalikkan Orientasi Halaman Terbalik untuk mencetak halaman secara terbalik.
Cetak dwimuka, mengikut tertib, atau halaman ganjil dan genap
Dengan dokumen terbuka pada Mac anda, pilih Fail > Cetak.
Lakukan mana-mana yang berikut:
Cetak dwimuka: Pilih Aktif daripada menu timbul Dwimuka, atau pilih Aktif (Tepi Pendek) untuk menyediakan pengikatan di bahagian atas halaman.
Kumpul, terbalikkan atau cetak halaman ganjil atau genap: Klik Pengendalian Kertas, kemudian set Kumpulkan Helaian, Helaian untuk Dicetak (semua, ganjil atau genap) atau Tertib Helaian (normal atau terbalik).
Tambah tera air
Dengan dokumen terbuka pada Mac anda, pilih Fail > Cetak.
Aktifkan Tera Air, kemudian klik butang Gunakan Tera Air untuk mengaktifkan tera air.
Masukkan teks anda dalam kotak teks Tera Air, klik butang Fon untuk mengesetkan fon dan penjajaran, kemudian pilih lokasi (atas, bawah, sisi atau pepenjuru). Hasil kelihatan dalam pratonton di sebelah kiri.