Pilih seting cetak lanjutan
Apabila anda mencetak dokumen, anda menggunakan dialog Cetak untuk menetapkan pilihan yang menentukan bagaimana dokumen anda dicetak.
Apabila dialog Cetak muncul, anda melihat pilihan cetak asas—sebagai contoh, halaman mana untuk dicetak dan sama ada untuk mencetak dwimuka. Untuk maklumat lanjut, lihat Cetak dokumen.
Untuk melihat lebih banyak pilihan, klik Tunjukkan Butiran. Bergantung kepada app yang anda gunakan dan pencetak yang anda pilih, anda boleh melihat pilihan untuk menukar saiz kertas untuk sesuatu dokumen, menetapkan saiz kertas lalai dan banyak lagi. Jika arahan di bawah berlainan daripada apa yang anda lihat dalam app anda, semak dokumentasi yang disertakan dengan app untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Ubah saiz kertas dokumen
Anda boleh menentukan saiz kertas apabila anda mencetak.
Pilih Fail > Cetak. Jika dialog Cetak mempunyai menu Saiz Kertas, pilih saiz.
Dalam app seperti Pages atau Microsoft Word, anda boleh juga menetapkan saiz halaman untuk sesuatu dokumen. Apabila anda mencetak, dokumen telah pun diformatkan untuk muat saiz kertas yang anda telah pilih. Walau bagaimanapun, anda boleh memilih untuk menskalakan dokumen untuk muat dengan kertas pencetak anda. Untuk menetapkan saiz halaman dokumen, pilih Fail > Persediaan Halaman, kemudian pilih saiz daripada menu Saiz Kertas.
Dalam kebanyakan app, menu Saiz Kertas mempunyai pilihan Mengurus Saiz Khusus. Jika anda memilih pilihan ini, lihat Cipta saiz kertas tersuai.
Setkan saiz kertas lalai
Jika anda selalunya cetak pada saiz kertas tertentu, anda boleh setkannya sebagai saiz kertas lalai, supaya ia digunakan apabila anda mencetak. (Anda masih boleh ubah saiz kertas dalam dialog Cetak jika anda memerlukannya.)
Saiz lalai juga digunakan sebagai saiz halaman pada bila-bila masa anda cipta dokumen baru dalam app, seperti Pages. Mengubah saiz lalai akan mempengaruhi hanya dokumen baru; ia tidak mengubah dokumen yang dicipta sebelumnya.
Pilih Menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Pencetak & Pengimbas.
Klik menu timbul “Saiz kertas Lalai” kemudian pilih saiz kertas.
Suapan kertas secara manual apabila anda mencetak
Anda boleh memilih untuk memasukkan kertas secara manual apabila anda mencetak dan bukannya menggunakan dulang kertas lalai pencetak (jika pencetak anda menyokong keupayaan ini).
Pilih Fail > Cetak.
Jika anda melihat butang Tunjukkan Butiran, klik padanya.
Klik menu timbul pilihan cetak (dalam bar pemisah), kemudian pilih Suapan Kertas.
Klik butang Semua Halaman Dari, kemudian Suapan Manual daripada menu timbul.
Anda mungkin perlu menentukan ciri ini apabila anda menyediakan pencetak anda supaya ia memaparkan pilihan tersebut.
Cetak dokumen terbalik
Jika anda cuba mencetak pada bahan yang anda tidak boleh masukkan ke dalam pencetak anda mengikut arah yang anda inginkan, anda boleh memasukkan bahan tersebut mengikut arah berlawanan dan kemudian mencetak dokumen anda secara terbalik. Sebagai contoh, anda boleh menggunakan kaedah ini untuk mencetak pada sampul surat yang tidak muat ke atas pencetak dahulu atau untuk mencetak pada kertas yang luar biasa bentuknya.
Pilih Fail > Cetak.
Jika anda melihat butang Tunjukkan Butiran, klik padanya.
Klik menu timbul pilihan cetak (dalam bar pemisah), kemudian pilih Tataletak.
Pilih “Orientasi halaman terbalik.”
Cetak halaman dalam urutan songsang
Apabila anda mencetak dokumen, anda boleh memilih untuk mencetaknya dari halaman terakhir ke halaman pertama.
Pilih Fail > Cetak.
Jika anda melihat butang Tunjukkan Butiran, klik padanya.
Klik menu timbul pilihan cetak (dalam bar pemisah), kemudian pilih Pengendalian Kertas.
Klik menu timbul Tertib Halaman, kemudian pilih Terbalik.
Klik Cetak.
Kecilkan atau besarkan dokumen yang dicetak
Anda boleh menetapkan peratusan saiz dokumen asal untuk mengecilkan atau membesarkan dokumen yang dicetak.
Lakukan satu daripada yang berikut:
Pilih Fail > Persediaan halaman. Klik menu timbul Seting dan pilih Atribut Halaman, klik menu timbul Format Untuk dan pilih Sebarang Pencetak. Ini mengesetkan skala dokumen untuk semua dokumen yang anda cetak daripada app ini.
Jika Persediaan Halaman tidak tersedia, pilih Fail > Cetak. Jika anda melihat butang Tunjukkan Butiran, klik padanya untuk menunjukkan semua pilihan tersedia.
Taipkan peratusan dalam kotak Skala.
Jika anda mahu dokumen dicetak lebih besar daripada saiz asal, masukkan nilai yang lebih besar daripada 100.
Untuk mencetak dokumen lebih kecil daripada saiz asal, masukkan nilai kurang daripada 100.
Jika anda membuat skala pada dokumen, ia adalah idea yang bagus untuk membuat pratonton dokumen sebelum anda mencetaknya. Untuk maklumat lanjut, lihat Cetak dokumen.
Skalakan dokumen untuk dimuatkan pada kertas pencetak anda
Anda boleh menskala dokumen supaya muat dengan kertas dalam pencetak anda. Sebagai contoh, jika anda mempunyai dokumen A4, anda boleh menskalakannya supaya muat pada kertas 8.5-dengan-11-inci.
Pilih Fail > Cetak.
Jika anda melihat butang Tunjukkan Butiran, klik padanya.
Klik menu timbul pilihan cetak (dalam bar pemisah), kemudian pilih Pengendalian Kertas.
Pilih “Skala untuk muat saiz kertas,” klik menu timbul Saiz Kertas Destinasi, kemudian pilih saiz kertas pencetak anda.
Jika anda mahu menskalakan dokumen hanya kerana ia terlalu besar untuk kertas pencetak, pilih “Kurangkan skala sahaja.” (Jika pilihan ini dipilih tetapi dokumen tidak terlalu besar untuk kertas yang anda ada, dokumen dicetak pada saiz asalnya.)
Dialog Cetak juga membenarkan anda mencipta dokumen PDF atau PostScript. Untuk maklumat lanjut, lihat Simpan dokumen sebagai PDF dan Simpan dokumen dalam format PostScript.