Aktifkan atau nyahaktifkan perkongsian skrin Mac
Perkongsian Skrin membenarkan pengguna komputer lain pada rangkaian anda bersambung secara jauh dengan Mac anda untuk melihat desktop anda dan mengawal Mac anda.
Apabila perkongsian skrin diaktifkan, desktop Mac anda boleh dilihat daripada komputer lain pada rangkaian anda. Ketika skrin anda dikongsi, pengguna komputer lain melihat perkara yang ada pada skrin anda dan dapat membuka, mengalih dan menutup fail serta tetingkap; membuka app; dan juga memulakan semula Mac anda.
Apabila perkongsian skrin dinyahaktifkan, komputer lain pada rangkaian anda tidak boleh bersambung ke Mac anda.
Aktifkan perkongsian skrin pada Mac anda
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, klik Umum dalam bar sisi, kemudian klik Perkongsian. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Jika Pengurusan Jauh diaktifkan, nyahaktifkannya.
Perkongsian Skrin dan Pengurusan Jauh tidak boleh aktif pada masa yang sama.
Klik bersebelahan Perkongsian Skrin.
Aktifkan Perkongsian Skrin.
Aktifkan mana-mana daripada pilihan berikut:
Sesiapa sahaja boleh meminta keizinan untuk mengawal skrin.
Pemapar VNC boleh mengawal skrin dengan kata laluan. Jika anda mengaktifkan pilihan ini, anda perlu memasukkan kata laluan.
Klik menu timbul “Benarkan akses untuk”, kemudian lakukan salah satu daripada berikut:
Benarkan semua pengguna untuk berkongsi skrin komputer anda: Klik menu timbul bersebelahan “Benarkan akses untuk”, kemudian pilih “Semua pengguna”.
Pilih orang yang boleh berkongsi skrin komputer anda: Klik menu timbul bersebelahan “Benarkan akses untuk”, pilih “Hanya pengguna ini”, klik di bahagian bawah senarai, pilih pengguna yang dibenarkan, kemudian klik Pilih.
Pengguna & Kumpulan termasuk semua pengguna Mac anda. Pengguna Rangkaian dan Kumpulan Rangkaian termasuk orang pada rangkaian anda.
Untuk mengeluarkan pengguna daripada senarai, pilih pengguna, kemudian klik .
Klik Selesai.
Nyahaktifkan perkongsian skrin pada Mac anda
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, klik Umum dalam bar sisi, kemudian klik Perkongsian. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Nyahaktifkan Perkongsian Skrin.
Untuk keupayaan pengurusan jauh tambahan, seperti memasang dan mengkonfigurasi app, membantu pengguna jauh dan mencipta laporan terperinci, anda boleh membeli Apple Remote Desktop daripada App Store. Apple Remote Desktop digunakan untuk mengurus komputer Mac dari jauh dalam persekitaran komersial atau perniagaan.
Perkongsian skrin dan Apple Remote Desktop adalah serasi dengan Pengkomputeran Rangkaian Maya (VNC), satu standard industri untuk mengawal komputer secara jauh dalam rangkaian menggunakan TCP/IP.