![](https://help.apple.com/assets/5AA195BD094622847B7F3DA3/5AA195BE094622847B7F3DAA/ms_MY/e0495349ac00acc80db2f0eccbf09aa3.png)
Sediakan dan gunakan perkongsian skrin
Ketika skrin anda dikongsi, pengguna Mac lain melihat apa yang ada pada skrin anda dan dapat membuka, mengalih dan menutup fail serta tetingkap, membuka app dan juga memulakan semula Mac anda.
Sediakan perkongsian skrin
Pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Perkongsian.
Pilih kotak semak Perkongsian Skrin.
Jika Pengurusan Jauh dipilih, anda mesti menyahpilihnya sebelum anda boleh memilih Perkongsian Skrin.
Untuk tentukan siapa boleh kongsi skrin anda, pilih salah satu daripada berikut:
Semua pengguna: Mana-mana pengguna komputer anda boleh berkongsi skrin anda, kecuali pengguna berkongsi sahaja dan pengguna tetamu. Jika Mac anda disambungkan ke pelayan akaun rangkaian, sesiapa sahaja dengan akaun pada pelayan itu boleh berkongsi skrin anda menggunakan nama pengguna dan kata laluan pengguna mereka. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Sertai Mac anda ke pelayan akaun rangkaian.
Hanya pengguna ini: Perkongsian skrin dihadkan kepada pengguna tertentu.
Jika anda memilih “Hanya pengguna ini,” klik butang Tambah
di bahagian bawah senarai pengguna, kemudian lakukan salah satu daripada berikut:
Pilih pengguna dari Pengguna & Kumpulan, yang termasuk semua pengguna Mac anda kecuali pengguna berkongsi sahaja dan pengguna tetamu.
Pilih pengguna dari Pengguna Rangkaian atau Kumpulan Rangkaian, yang termasuk pengguna dan kumpulan dengan akaun pelayan rangkaian. Pengguna dan ahli rangkaian dari kumpulan rangkaian boleh menggunakan nama dan kata laluan rangkaian mereka untuk bersambung ke Mac anda untuk perkongsian skrin.
Untuk mengesetkan pilihan tambahan untuk perkongsian skrin, klik Seting Komputer, kemudian pilih satu atau kedua-dua daripada berikut:
Sesiapa pun boleh meminta kebenaran untuk mengawal skrin: Sebelum pengguna komputer lain memulakan perkongsian skrin dengan Mac anda, mereka boleh meminta kebenaran daripada memasukkan nama dan kata laluan pengguna.
Pemapar VNC boleh mengawal skrin dengan kata laluan: Pengguna lain boleh berkongsi skrin anda menggunakan aplikasi pemapar VNC—pada iPad atau PC Windows, sebagai contoh—dengan memasukkan kata laluan yang anda tentukan di sini. Jika anda memilih pilihan ini, anda patut mencipta kata laluan yang sangat selamat.
Kongsi skrin dari Mac lain
Jika anda telah diberikan kebenaran, anda boleh melihat dan mengawal skrin Mac lain di rangkaian anda.
Sebelum anda bermula, pastikan skrin Mac yang anda mahu kawal diaktifkan perkongsian skrinnya.
Buka tetingkap Finder. Jika tiada komputer dikongsi muncul dalam bahagian Dikongsi untuk bar sisi, letakkan penuding pada perkataan Dikongsi, kemudian klik Tunjukkan.
Klik Semua untuk melihat semua komputer tersedia, kemudian dwiklik mana yang anda mahu kongsikan skrinnya.
Klik Kongsi Skrin.
Jika kedua-dua komputer dilog masuk menggunakan Apple ID yang sama, sesi perkongsian skrin bermula. Jika tidak, anda digesa untuk memasukkan nama pengguna dan kata laluan pengguna yang dibenarkan akses perkongsian skrin pada komputer itu, atau anda boleh meminta kebenaran untuk berkongsi skrin jika komputer membenarkannya.
Jika orang lain telah disambungkan ke Mac sebagai pengguna jauh, dialog akan bertanya jika anda mahu berkongsi paparan dengan pengguna jauh lain (Kongsi Paparan) atau log masuk serentak menggunakan nama pengguna dan skrin lain (Log Masuk).
Jika anda memilih Log Masuk, anda berkongsi Mac dengan pengguna jauh lain, tetapi anda tidak berkongsi skrin yang sama.
Jika anda tahu alamat IP atau nama DNS Mac yang anda mahu berkongsi, anda boleh juga bersambung padanya dengan memilih Pergi > Sambung ke Pelayan dalam Finder dan kemudian memasukkan vnc://[IPAddress] atau vnc://[Name.Domain] dalam medan Alamat Pelayan.
Untuk mencari alamat daripada Mac yang dikongsi, buka keutamaan Perkongsian pada Mac tersebut, kemudian pilih Perkongsian Skrin.
Setkan keutamaan perkongsian skrin
Apabila anda berkongsi skrin dari Mac lain, anda boleh setkan keutamaan perkongsian skrin untuk laraskan saiz dan kualiti skrin dikongsi.
Mulakan sesi perkongsian skrin dengan Mac dalam rangkaian anda.
Pilih Perkongsian Skrin > Keutamaan, kemudian setkan pilihan berikut:
Di bawah Paparan, pilih “Skala untuk muatkan ruang tersedia” atau “Tunjukkan saiz penuh,” bergantung pada berapa besar skrin anda dan berapa banyak daripadanya jika anda mahu gunakan untuk skrin dikongsi. Pilihan ini menukar kelakuan lalai untuk apabila anda berkongsi skrin komputer yang anda tidak pernah disambungkan sebelum ini. Untuk menukar skala semasa, pilih Lihat > Nyahaktifkan Penskalaan atau Lihat > Aktifkan Penskalaan.
Di bawah Paparan, pilih pilihan "Skrol skrin" untuk tentukan bagaimana tetingkap perkongsian skrin berfungsi apabila anda menggerakkan penuding. Untuk menentukan pilihan mana yang anda mahukan, cuba setiap satu dengan memilihnya dan kemudian gerakkan penuding sekitar dalam tetingkap.
Di bawah Kualiti, pilih "Menyesuaikan kualiti kepada keadaan rangkaian" untuk lihat skrin dikongsi dengan lebih cepat, atau "Tunjukkan skrin pada kualiti penuh" bagi paparan lebih terperinci skrin dikongsi. Pilihan ini menukar kelakuan lalai untuk apabila anda berkongsi skrin komputer yang anda tidak pernah disambungkan sebelum ini. Untuk menukar skala semasa, pilih Lihat > Kualiti Penyesuaian atau Lihat > Kualiti Penuh.
Untuk hasil yang terbaik dan jika Mac anda disambungkan ke rangkaian pantas, lihat skrin pada saiz penuh serta tunjukkan skrin yang penuh kualiti.
Di bawah Pengguna Disekat, pilih pilihan dari menu timbul "Benarkan permintaan perkongsian skrin daripada" untuk dayakan perkongsian skrin anda dengan sesiapa yang cuba menyambung ke komputer anda menggunakan Apple ID atau hanya kenalan anda.
Untuk menyekat pengguna dengan Apple ID khusus dari berkongsi skrin anda, klik butang Tambah
, masukkan Apple ID pengguna, kemudian klik Sekat. Untuk nyahsekat pengguna, pilih nama dari senarai, kemudian klik butang Keluarkan
.
Setkan pilihan paparan semasa berkongsi dengan skrin komputer lain
Apabila anda berkongsi skrin Mac lain, pilihan tontonan anda bergantung pada sambungan rangkaian anda dan saiz skrin yang anda berkongsi.
Mulakan sesi perkongsian skrin dengan Mac dalam rangkaian anda.
Dari menu Lihat, setkan pilihan berikut:
Tunjukkan Bar Tab: Gunakan pilihan ini untuk memaparkan atau menyembunyikan bar tab.
Aktifkan atau nyahakatifkan Penskalaan: Dengan penskalaan diaktifkan, seluruh skrin Mac yang dikongsi dipaparkan pada skrin anda. Dengan penskalaan dinyahaktifkan, skrin yang dikongsi dipaparkan saiz penuh dan anda mungkin perlu skrol untuk melihat semua perkara pada skrin dikongsi.
Tukar ke Mod Pemerhatian/Tukar ke Mod Kawalan: Dalam Mod Pemerhatian, anda boleh melihat apa yang berlaku pada skrin dikongsi, tetapi anda tidak boleh mengawal penuding, mengalih tetingkap, membuka dan menutup dokumen, atau melakukan tugas lain. Jika anda mempunyai OS X v10.9 atau lebih baru, anda boleh mengklik dan menahan untuk menyerlahkan skrin pada penuding anda. Dalam Mod Kawalan, anda mengawal skrin dikongsi.
Kualiti Penyesuaian: Gunakan pilihan ini jika Mac anda disambungkan ke rangkaian lebih perlahan. Pelarasan kualiti mudah suai bergantung pada kelajuan rangkaian.
Kualiti Penuh: Gunakan pilihan ini jika Mac anda disambungkan ke rangkaian cepat dan anda mahukan resolusi penuh.
Tunjukkan/Sembunyikan Bar Alat: Tunjukkan atau sembunyikan bar alat yang paparkan butang untuk melaraskan penskalaan, berkongsi Papan Klip dan pilihan lain.
Peribadikan Bar Alat: Seret butang ke dalam atau keluar bar alat.
Masuk Skrin Penuh: Tetingkap perkongsian skrin mengembang untuk penuhkan skrin anda. Untuk melihat bar alat dan menu, gerakkan penuding ke bahagian atas skrin.
Paparan: Jika skrin Mac yang anda kongsikan mempunyai lebih daripada satu paparan, anda boleh memilih paparan yang mana anda mahu lihat.
Kongsi kandungan Papan klip dengan Mac yang lain
Apabila anda berkongsi satu skrin komputer dengan komputer lain, anda boleh pindahkan maklumat antara Papan Klip dari dua komputer. Sebagai contoh, anda boleh:
Salin teks dan imej daripada dokumen pada Mac dan tampalkannya ke dalam dokumen pada Mac yang lain.
Pilih dan seret teks dan imej dari satu Mac kepada yang lain.
Salin pautan dari pelayar web anda dan tampalkannya ke dalam pelayar web pada Mac lain.
Salin teks daripada dokumen pada satu Mac dan lepaskannya di desktop pada Mac yang lain untuk mencipta pengklipan.
Mulakan sesi perkongsian skrin dengan Mac dalam rangkaian anda.
Pilih Edit > Gunakan Papan Klip Dikongsi.
Anda juga boleh menggunakan Papan Klip Universal untuk menyalin teks, imej, foto dan video pada satu peranti Apple dan kemudian menampal kandungan itu pada peranti Apple lain.
Hantar fail semasa berkongsi dengan skrin komputer lain
Apabila anda berkongsi satu skrin komputer dengan komputer lain, anda boleh pindahkan fail antara dua komputer.
Mulakan sesi perkongsian skrin dengan Mac dalam rangkaian anda.
Pilih fail atau folder, kemudian seret dan lepaskan fail ke atas tetingkap perkongsian skrin.