Kongsi skrin anda menggunakan Kembali ke Mac Saya
Jika anda menggunakan iCloud dan mempunyai beberapa komputer yang disambungkan ke Internet, anda boleh menggunakan Balik ke Mac Saya untuk berkongsi satu skrin komputer dengan komputer yang lain.
Sebagai contoh, jika Mac anda disambungkan ke Internet di rumah, anda boleh berkongsi skrinnya dengan Mac yang anda gunakan di tempat kerja. Anda boleh kawal Mac itu, alih fail dan folder, buka atau tutup app dan juga mulakannya semula.
Persediaan Balik ke Mac saya
Ikut langkah ini untuk setiap skrin komputer yang anda mahu kongsikan.
Pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Perkongsian.
Pilih Perkongsian Skrin atau Pengurusan Jauh.
Bersebelahan “Benarkan akses untuk,” pilih “Semua pengguna” atau “Hanya pengguna yang disenaraikan.” Jika anda mengizinkan pengguna tersenarai sahaja yang akan mempunyai akses ke skrin, klik butang Tambah dan butang Keluarkan untuk mengedit senarai.
Pilih Lihat > iCloud untuk membuka keutamaan iCloud.
Jika anda belum didaftarkan masuk ke iCloud, masukkan Apple ID yang anda gunakan dengan iCloud, kemudian klik Daftar Masuk.
Dalam senarai ciri iCloud yang muncul di sebelah kanan selepas anda mendaftar masuk, pilih Kembali ke Mac Saya.
Untuk berhenti perkongsian skrin anda menggunakan Balik ke Mac Saya, buka keutamaan iCloud, kemudian nyahpilih Balik Ke Mac Saya.
Sambungkan ke Mac jauh anda
Untuk melihat komputer jauh anda dalam bar sisi Finder, pilih Finder > Keutamaan, klik Bar Sisi, kemudian pilih Balik Ke Mac Saya dalam bahagian Dikongsi.
Buka tetingkap Finder. Jika tiada komputer dikongsi muncul dalam bahagian Dikongsi untuk bar sisi, letakkan penuding pada perkataan Dikongsi dan klik Tunjukkan.
Klik Mac jauh, kemudian klik Kongsi Skrin.
Jika anda tidak melihat Mac yang anda mahukan, klik Semua untuk melihat semua komputer tersedia, pilih komputer yang mana skrinnya anda mahu kongsi, kemudian klik Kongsi Skrin. Semua komputer yang mendaftar masuk ke iCloud menggunakan Apple ID yang sama dengan komputer anda dan menggunakan Balik ke Mac Saya ditunjukkan di atas senarai.
Kembali ke Mac Saya memerlukan penghala yang menyokong Protokol Pemetaan Port NAT (NAT-PMP) atau Palam dan Main Sejagat (UPnP) untuk berkongsi perkhidmatan. Periksa dokumentasi yang disertakan bersama penghala anda untuk memastikan ia menyokong NAT-PMP atau UPnP.