Sertai Mac anda ke pelayan akaun rangkaian
Jika anda menggabungkan Mac anda dengan pelayan akaun rangkaian, anda boleh menggunakan perkhidmatan seperti kenalan, kalendar, mel, pemesejan segera dan selanjutnya. Anda akses perkhidmatan ini menggunakan Kenalan, Kalendar, Mail, Mesej dan aplikasi lain pada Mac anda. Untuk menggunakan perkhidmatan ini, mula-mula anda mesti sertai Mac anda ke pelayan akaun rangkaian.
Anda boleh sertai satu atau lebih pelayan akaun rangkaian. Untuk pastikan anda sertai pelayan yang sesuai, tanya pentadbir pelayan akaun rangkaian anda untuk bantuan.
Bersambung ke pelayan akaun rangkaian
Pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Pengguna & Kumpulan, kemudian klik Pilihan Log Masuk.
Buka anak tetingkap Pilihan Log Masuk dari keutamaan Kumpulan & Pengguna untuk saya
Klik ikon kunci untuk membuka kuncinya, kemudian masukkan nama dan kata laluan pentadbir.
Klik butang bersebelahan Pelayan Akaun Rangkaian.
Butang dilabelkan Sertai jika anda belum disambungkan ke pelayan akaun rangkaian. Ia dilabelkan Edit jika anda telah mempunyai sambungan sedia ada.
Jika anda klik Edit, klik butang Tambah .
Masukkan nama domain penuh yang layak dari pelayan akaun rangkaian dalam medan Pelayan, atau pilih salah satu daripada senarai Pelayan.
Untuk menambah sambungan pelayan lain, klik butang Tambah , kemudian ulang langkah 5.
Klik OK.
Jika nama komputer anda mengandungi sempang (-), anda mungkin tidak dapat menyertai pelayan akaun rangkaian. Untuk semak nama komputer anda dan mengubahnya jika perlu, gunakan keutamaan Perkongsian.
Pilih Menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Perkongsian.
Berhenti menggunakan pelayan akaun rangkaian
Pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Pengguna & Kumpulan, kemudian klik Pilihan Log Masuk.
Buka anak tetingkap Pilihan Log Masuk dari keutamaan Kumpulan & Pengguna untuk saya
Klik ikon kunci untuk membuka kuncinya, kemudian masukkan nama dan kata laluan pentadbir.
Klik Edit.
Pilih pelayan yang anda ingin berhenti menggunakanya, kemudian klik butang Keluarkan .
Klik Berhenti Menggunakan Pelayan, kemudian klik Selesai.
Pantau pelayan akaun rangkaian
Pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Pengguna & Kumpulan, kemudian klik Pilihan Log Masuk.
Buka anak tetingkap Pilihan Log Masuk dari keutamaan Kumpulan & Pengguna untuk saya
Klik ikon kunci untuk membuka kuncinya, kemudian masukkan nama dan kata laluan pentadbir.
Klik Edit.
Ambil perhatian titik warna ke kiri setiap nama pelayan dalam senarai:
Hijau: Sambungan pelayan berfungsi.
Kuning: Komputer anda sedang menunggu respons dari pelayan.
Merah: komputer anda tidak disambungkan ke pelayan.
Untuk menggunakan kebanyakan perkhidmatan rangkaian, anda perlukan akaun pengguna pada pelayan yang memberikan perkhidmatan. Pelayan boleh mempunyai akaun penggunanya sendiri, atau ia boleh menggunakan akaun pengguna rangkaian. Pada rangkaian dengan berbilang pelayan, semua pelayan selalunya menggunakan akaun pengguna rangkaian yang sama, yang diberikan oleh pelayan akaun rangkaian, kadang-kadang dikenali sebagai pelayan direktori.