
Selesaikan masalah sambungan internet pada Mac
Jika anda tidak boleh menyambungkan Mac anda ke internet, mungkin terdapat masalah dengan kabel anda, peranti anda, seting rangkaian anda atau ISP (penyedia khidmat internet) anda.
Semak pengesyoran Wi-Fi atau gunakan Diagnostik Wayarles
Jika isu Wi-Fi dikesan pada Mac, anda boleh melihat isu tersebut dan penyelesaian yang dicadangkan. Klik dalam bar menu, kemudian pilih Pengesyoran Wi-Fi. Pengesyoran Wi-Fi tidak tersedia untuk rangkaian perusahaan atau Hotspot Peribadi.
Anda boleh menggunakan Diagnostik Wayarles untuk menyelesaikan masalah dengan rangkaian yang anda telah sediakan.
Semak sambungan Wi-Fi anda
Jika anda selalunya bersambung ke internet menggunakan rangkaian Wi-Fi, pastikan anda telah disambungkan ke rangkaian Wi-Fi.
Jika anda telah disambungkan ke rangkaian Wi-Fi tetapi anda tidak dapat bersambung ke internet, mungkin terdapat masalah dengan sambungan internet rangkaian. Jika anda menyediakan rangkaian Wi-Fi menggunakan peranti AirPort (seperti AirPort Extreme), anda boleh mendapatkan maklumat tentang peranti dan sambungan internetnya dengan menggunakan Utiliti AirPort. Untuk bantuan lanjut semasa menggunakan Utiliti AirPort, pilih Bantuan > Bantuan Utiliti AirPort.
Semak status sambungan rangkaian anda
Anda boleh menyemak seting anda dan status bagi setiap perkhidmatan rangkaian, seperti Wi-Fi, Ethernet dan Bluetooth® dalam seting Rangkaian.
Pada Mac anda, pilih menu Apple dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Buka seting Rangkaian untuk saya
Perkhidmatan rangkaian yang anda sedang gunakan sepatutnya mempunyai penunjuk berwarna hijau dan perkataan “Disambungkan”.
Untuk melihat maklumat selanjutnya tentang perkhidmatan rangkaian anda, klik untuk memilihnya.
Periksa kabel dan peranti luaran anda
Pastikan semua kabel disambungkan dengan betul. Jika anda menggunakan modem luaran, pastikan satu kabel menyambungkan modem dengan kuat pada komputer anda dan yang lain menyambung modem pada jek dinding.
Semak semua peranti luaran seperti modem, hab dan penghala dipasang masuk, diaktifkan dan telah dimulakan dengan sempurna. Cuba reset peranti ini dengan mencabut palam mereka untuk beberapa minit, kemudian pasangkan mereka semula.
Semak lampu penunjuk pada peranti untuk melihat sama ada ia sedang mendaftar sambungan ke rangkaian dan ke komputer anda. Jika lampu penunjuk tidak menyala, rujuk dokumentasi yang disertakan dengan peranti anda atau hubungi ISP anda.
Semak perkhidmatan internet anda
Jika kesemua di atas telah disetkan dengan betul dan anda masih tidak boleh menyambung ke internet, sila hubungi ISP anda. Mungkin terdapat masalah sementara dengan perkhidmatan.