Selesaikan masalah menyambung ke Internet
Jika anda tidak dapat bersambung ke Internet, mungkin terdapat masalah dengan kabel anda, peranti anda, seting rangkaian anda atau ISP (Pembekal perkhidmatan internet) anda.
Semak pengesyoran Wi-Fi
Jika isu Wi-Fi dikesan pada Mac, anda boleh melihat isu tersebut dan penyelesaian yang dicadangkan. Klik ikon status Wi-Fi dalam bar menu, kemudian pilih Pengesyoran Wi-Fi. Pengesyoran Wi-Fi tidak tersedia untuk rangkaian perusahaan atau Hotspot Peribadi.
Gunakan Diagnostik
Anda boleh menggunakan Diagnostik Wayarles untuk menyelesaikan masalah dengan rangkaian yang anda telah sediakan.
Semak sambungan Wi-Fi anda
Jika anda selalunya sambung ke Internet menggunakan rangkaian Wi-Fi, pastikan anda telah disambungkan ke rangkaian Wi-Fi.
Jika anda telah disambungkan ke rangkaian Wi-Fi tetapi anda tidak dapat bersambung ke Internet, mungkin terdapat masalah dengan sambungan Internet rangkaian. Jika anda sediakan rangkaian Wi-Fi menggunakan peranti AirPort (seperti AirPort Extreme), anda boleh mendapatkan maklumat tentang peranti dan sambungan Internetnya dengan menggunakan Utiliti AirPort. Untuk bantuan lanjut semasa menggunakan Utiliti AirPort, pilih Bantuan > Bantuan Utiliti AirPort.
Tukar kabel anda
Pastikan semua kabel disambungkan dengan betul. Jika anda menggunakan modem luaran, pastikan satu kabel menyambungkan modem dengan kuat pada komputer anda dan yang lain menyambung modem pada jek dinding.
Semak peranti luaran
Semak semua peranti luaran seperti modem, hab dan penghala dipasang masuk, diaktifkan dan telah dimulakan dengan sempurna. Cuba reset peranti ini dengan mencabut palam mereka untuk beberapa minit, kemudian pasangkan mereka semula.
Semak lampu penunjuk pada peranti untuk melihat sama ada ia sedang mendaftar sambungan ke rangkaian dan ke komputer anda. Jika lampu penunjuk tidak menyala, rujuk dokumentasi yang disertakan dengan peranti anda atau hubungi ISP anda.
Semak status sambungan rangkaian anda
Anda boleh menyemak seting anda dan status bagi setiap perkhidmatan rangkaian, seperti Wi-Fi, Ethernet dan Bluetooth dalam keutamaan Rangkaian.
Pilih Menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Rangkaian.
Buka keutamaan Rangkaian untuk saya
Perkhidmatan rangkaian yang anda sedang gunakan sepatutnya mempunyai penunjuk berwarna hijau dan perkataan “Disambungkan.”
Untuk melihat maklumat selanjutnya tentang perkhidmatan rangkaian anda, klik untuk memilihnya. Untuk bantuan tambahan, klik butang Bantu saya.
Semak perkhidmatan Internet anda
Jika kesemua di atas telah disetkan dengan betul dan anda masih tidak boleh menyambung ke Internet, sila hubungi ISP anda. Mungkin terdapat masalah sementara dengan perkhidmatan.