![](https://help.apple.com/assets/5AA195BD094622847B7F3DA3/5AA195BE094622847B7F3DAA/ms_MY/c7fb1e8468f992eaa766f00f44d66954.png)
Gunakan Diagnostik Wayarles
Diagnostik Wayarles menganalisis rangkaian Wi-Fi yang Mac anda bersambung dan membekalkan penyelesaian untuk membantu menyelesaikan isu kesambungan wayarles.
Jika anda boleh bersambung ke penghala Wi-Fi anda, tetapi mempunyai isu memuatkan halaman web, menghantar atau menerima e-mel atau penstriman muzik atau video, gunakan Diagnostik Wayarles untuk menganalisis sambungan rangkaian ke Internet. Selepas analisa selesai, anda menerima senarai isu dan kemungkinan penyelesaian.
Diagnostik Wayarles mengumpul log yang terperinci yang anda boleh bekalkan kepada pakar rangkaian, pentadbir rangkaian atau kakitangan sokongan IT.
Diagnostik Wayarles juga menjana fail yang dimampatkan mengandungi butiran yang dijumpai semasa diagnosis yang disimpan ke /var/tmp. Nama fail bermula dengan WirelessDiagnostics- dan berakhir dengan .tar.gz. Fail ini mungkin berguna kepada pentadbir rangkaian anda, pembekal perkhidmatan atau kakitangan sokongan IT.
Nota: Diagnostik Wayarles tidak mengubah seting rangkaian anda.
Keluar daripada semua app yang terbuka.
Cuba sertai rangkaian Wi-Fi yang anda sedang hadapi masalah (jika anda tidak lagi disambungkan).
Tekan dan tahan kekunci Option, klik ikon status Wi-Fi
dalam bar menu, kemudian pilih Buka Diagnostik Wayarles.
Ikuti arahan pada skrin untuk menganalisis sambungan rangkaian anda.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat artikel Sokongan Apple Gunakan Diagnostik Wayarles untuk membantu menyelesaikan isu Wi-Fi pada Mac anda.