Pilih tindakan untuk cakera CD atau DVD kosong pada Mac
Apabila anda memasukkan CD atau DVD kosong, dialog mungkin muncul menanya apa yang anda mahu lakukan dengan cakera.
Pada Mac anda, masukkan CD atau DVD kosong.
Dalam dialog yang muncul, lakukan mana-mana daripada berikut:
Untuk menentukan perkara yang harus dilakukan dengan cakera, pilih tindakan daripada menu timbul.
Untuk membolehkan Mac anda melakukan tindakan yang sama secara automatik apabila cakera kosong dimasukkan, pilih “Jadikan tindakan ini lalai.”
Untuk meneruskan tanpa melakukan apa-apa, klik Abaikan.
Untuk membatalkan semua tindakan dan mengeluarkan cakera, klik Keluar.
Anda juga boleh menggunakan seting CD & DVD untuk mengesetkan cara Mac anda bertindak balas apabila anda memasukkan cakera kosong. Untuk membuka seting ini, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik CD & DVD dalam bar sisi. (Jika anda tidak mempunyai pemacu optik disambungkan ke Mac anda, seting CD & DVD tidak tersedia.)