Pilih tindakan untuk cakera kosong pada Mac
Apabila anda memasukkan CD atau DVD kosong, dialog mungkin muncul menanya apa yang anda mahu lakukan dengan cakera.
Pada Mac anda, masukkan CD atau DVD kosong.
Dalam dialog yang muncul, lakukan mana-mana daripada berikut:
Untuk menentukan perkara yang harus dilakukan dengan cakera, pilih tindakan daripada menu timbul.
Untuk membolehkan Mac anda melakukan tindakan yang sama secara automatik apabila cakera kosong dimasukkan, pilih “Jadikan tindakan ini lalai.”
Untuk meneruskan tanpa melakukan apa-apa, klik Abaikan.
Untuk membatalkan semua tindakan dan mengeluarkan cakera, klik Keluar.
Anda juga boleh menggunakan keutamaan CD & DVD untuk menetapkan bagaimana Mac anda bertindak balas kepada cakera kosong. Untuk membuka anak tetingkap ini, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik CD & DVD. (Jika anda tidak mempunyai pemacu optik terbina dalam atau disambungkan ke Mac anda, keutamaan CD & DVD tidak tersedia.)