Jika anda mengalami masalah membakar cakera pada Mac
Jika anda menghadapi masalah mencipta DVD atau CD anda sendiri, cuba cadangan ini.
Pastikan Mac anda mempunyai peralatan yang betul untuk merekodkan maklumat ke cakera. Semak bahagian Pembakaran Cakera dari Maklumat Sistem untuk mengetahui jenis cakera yang Mac anda dapat bakar.
Jika anda menggunakan app untuk mencipta cakera tersuai, semak panduan pengguna app untuk maklumat dan arahan selanjutnya.
Semak ruang yang tersedia pada cakera untuk memastikan semua data anda akan muat. Untuk melihat ruang tersedia, pilih cakera, kemudian pilih Fail > Dapatkan Info. Anda mungkin perlu mengeluarkan sesetengah item atau mengubah saiz atau kualiti item untuk mengurangkan saiz fail.
Periksa ruang yang tersedia pada cakera dalaman komputer anda. Ruang pada cakera dalaman digunakan semasa pembakaran cakera: 700 MB untuk membakar CD, 4 GB untuk membakar DVD dan 8 GB untuk membakar DVD dua lapisan. Untuk menyemak ruang tersedia, buka Utiliti Cakera, pilih cakera (biasanya dinamakan Macintosh HD), kemudian klik Info.
Untuk bantuan selanjutnya, cari maklumat tentang pembakaran cakera pada tapak web Sokongan Apple.