Tukar seting Penampilan pada Mac
Pada Mac anda, gunakan seting Penampilan untuk menukar rupa keseluruhan macOS dan pilih cara anda menggunakan bar skrol. Ketahui cara menggunakan penampilan cerah atau gelap.
Untuk menukar seting ini, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Penampilan dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Buka seting Penampilan untuk saya
Pilihan | Perihalan |
---|---|
Penampilan | Pilih penampilan untuk butang, menu dan tetingkap pada Mac anda. Cerah menyediakan penampilan cerah yang tidak bertukar. Gelap memberikan penampilan digelapkan supaya kandungan yang anda sedang kerjakan terserlah sementara tetingkap dan kawalan kelihatan tenggelam ke dalam latar belakang. Ia efektif untuk melihat dokumen, pembentangan, foto, filem, halaman web dan banyak lagi. Menukar auto penampilan daripada cerah ke gelap berdasarkan jadual Night Shift yang anda setkan. Lihat Tukar seting Night Shift. Auto tidak akan menukar penampilan sehingga Mac anda telah melahu untuk sekurang-kurangnya beberapa minit, atau jika app menghalang paparan daripada tidur, seperti semasa main balik media. |
Warna aksen | Pilih warna untuk digunakan untuk butang, menu timbul dan kawalan UI lain. |
Warna serlahan | Pilih warna untuk digunakan untuk menyerlahkan teks yang dipilih. |
Saiz ikon bar sisi | Pilih ikon kecil, sederhana, atau besar untuk bar sisi Finder dan untuk bar sisi dalam app seperti Mail, News dan Foto. Saiz teks dalam bar sisi turut berubah. |
Benarkan penintaan hias latar dalam tetingkap | Benarkan warna daripada hias latar mewarnakan kawasan tetingkap tertentu secara lembut, seperti bar alat atau bar status. |
Tunjukkan bar skrol | Bar skrol muncul dalam tetingkap apabila terdapat kandungan yang tidak muat ke dalam saiz semasa tetingkap. Pilih pilihan untuk dikawal apabila bar skrol ditunjukkan:
|
Klik dalam bar skrol untuk |
Untuk bertukar seketika antara kaedah penskrolan semasa bekerja, tekan dan tahan kekunci Option semasa mengklik bar skrol. |
Untuk meningkatkan saiz teks dan ikon, lihat Jadikan teks dan ikon lebih besar.