Tukar keutamaan Umum pada Mac
Pada Mac anda, gunakan Keutamaan Sistem Umum untuk menukar penampilan keseluruhan macOS, tentukan cara anda menggunakan bar skrol, tetingkap dan tab serta dayakan sesetengah ciri Kesinambungan, jika tersedia.
Untuk menukar keutamaan ini, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Umum.
Buka keutamaan Umum untuk saya
Pilihan | Perihalan |
---|---|
Penampilan | Pilih penampilan untuk butang, menu dan tetingkap pada Mac anda. Lihat Gunakan penampilan cerah atau gelap. Cerah menyediakan penampilan cerah yang tidak bertukar. Gelap memberikan penampilan digelapkan supaya kandungan yang anda sedang kerjakan terserlah sementara tetingkap dan kawalan kelihatan tenggelam ke dalam latar belakang. Ia efektif untuk melihat dokumen, pembentangan, foto, filem, halaman web dan banyak lagi. Auto melaraskan penampilan daripada cerah ke gelap pada waktu siang secara automatik. |
Warna aksen | Pilih warna untuk digunakan untuk butang, menu timbul dan kawalan UI lain. |
Warna serlahan | Pilih warna untuk digunakan untuk menyerlahkan teks yang dipilih. |
Saiz ikon bar sisi | Pilih ikon kecil, sederhana, atau besar untuk bar sisi Finder dan untuk bar sisi dalam app seperti Mail dan News. |
Benarkan penintaan hias latar dalam tetingkap | Benarkan warna daripada gambar desktop mewarnakan kawasan tetingkap tertentu secara lembut, seperti bar alat atau bar status. |
Tunjukkan bar skrol | Bar skrol muncul dalam tetingkap apabila terdapat kandungan yang tidak muat ke dalam saiz semasa tetingkap.
|
Klik dalam bar skrol untuk |
Untuk bertukar seketika antara kaedah penskrolan semasa bekerja, tekan dan tahan kekunci Option semasa mengklik bar skrol. |
Pelayar web lalai | Safari adalah pelayar web dalam macOS dan digunakan secara lalai apabila anda mengklik pautan dalam e-mel atau mesej teks. Untuk mengetahui tentang app Safari, Panduan Pengguna Safari. Jika anda memasang pelayar web lain pada Mac anda, ia ditunjukkan dalam menu timbul; anda boleh memilih satu untuk digunakan secara lalai. |
Utamakan tab apabila membuka dokumen | Pilih bila anda mahu dokumen terbuka dalam tab (dan bukannya dalam tetingkap baru): jangan, hanya apabila anda bekerja dalam skrin penuh, atau sentiasa. |
Tanya untuk simpan perubahan apabila menutup dokumen | Perubahan yang tidak disimpan akan disimpan secara automatik apabila anda menutup dokumen. Jika anda juga mahu ditanya untuk simpan perubahan, pilih kotak semak ini. |
Tutup tetingkap apabila keluar daripada app | Pilih untuk menutup tetingkap app apabila anda keluar dari app. Tetingkap tidak dibuka semula secara automatik pada kali seterusnya anda membuka app. |
Item terbaru diguna | Item Terbaru yang anda telah gunakan disenaraikan dalam menu Apple, supaya anda boleh membuka item dengan mudah dari sana. Pilih berapa banyak item disenaraikan. Seting ini juga menentukan bilangan item terbaru diguna yang muncul dalam menu app, seperti Fail > menu Terbaru Dibuka dalam TextEdit. |
Benarkan Handoff di antara Mac ini dan peranti iCloud anda (tidak tersedia pada semua komputer) | Jika Mac anda menyokong Handoff, tandakan kotak semak untuk mengaktifkan Handoff antara Mac, peranti iOS dan iPadOS serta Apple Watch anda yang disediakan dengan iCloud. Lihat Teruskan di mana anda berhenti dengan Handoff pada Mac. Apabila pilihan ini dipilih, anda boleh menggunakan Papan Klip Universal untuk menyalin dan menampal antara peranti anda. |
Untuk menjadikan item pada skrin lebih besar, lihat Jadikannya lebih mudah untuk melihat apa yang ada pada skrin Mac anda.