Urus lokasi rangkaian pada Mac
Pada Mac anda, gunakan lokasi rangkaian untuk mencipta dan bertukar antara set seting rangkaian yang berbeza (macOS 13.1 atau lebih baharu).
Buka seting Rangkaian untuk saya
Masa untuk menggunakan lokasi rangkaian
Secara lalai, Mac anda menggunakan lokasi Automatik, yang termasuk semua perkhidmatan rangkaian yang dikesan. Dalam kebanyakan kes, anda hanya boleh menggunakan lokasi Automatik lalai dan tidak perlu untuk menyediakan lokasi tambahan.
Jika anda perlu menggunakan perkhidmatan rangkaian sama dengan seting berbeza, anda boleh menyediakan lokasi yang berasingan supaya anda boleh bertukar antara lokasi dengan cepat. Di sini terdapat beberapa contoh apabila anda mungkin mahu menyediakan lokasi rangkaian tambahan:
Anda menggunakan jenis rangkaian yang sama (seperti Ethernet) di tempat kerja dan di rumah, tetapi seting yang anda gunakan di tempat kerja tidak membenarkan Mac anda untuk bersambung ke jenis rangkaian yang sama di rumah secara automatik.
Mac anda bersambung ke lebih daripada satu jenis perkhidmatan rangkaian (seperti Wi-Fi dan Ethernet) di tempat kerja dan di rumah, tetapi di tempat kerja anda mahu Mac anda cuba bersambung ke rangkaian Ethernet terlebih dahulu dan di rumah, anda mahu Mac anda cuba bersambung ke rangkaian Wi-Fi terlebih dahulu. Dalam kata lain, anda mahu mengeset tertib perkhidmatan yang berbeza untuk setiap lokasi.
Mac anda tidak bersambung ke rangkaian anda dan anda mahu mereset seting rangkaian anda untuk tujuan pengujian dengan cepat, tanpa kehilangan seting rangkaian semasa anda.
Cipta lokasi rangkaian
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Rangkaian dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Klik menu timbul Tindakan di sebelah kanan, kemudian pilih Lokasi > Edit Lokasi.
Klik butang Tambah , masukkan nama lokasi, kemudian klik Selesai.
Masukkan seting untuk setiap perkhidmatan rangkaian yang anda mahu gunakan di lokasi baharu.
Tukar ke lokasi rangkaian berlainan
Pada Mac anda, lakukan satu daripada berikut:
Gunakan menu Apple untuk bertukar lokasi: Pilih menu Apple > Lokasi, kemudian pilih lokasi yang anda mahu gunakan.
Nota: Item menu Lokasi hanya kelihatan jika anda mencipta lokasi rangkaian tambahan.
Gunakan seting Rangkaian untuk bertukar lokasi: Pilih menu Apple > Seting Sistem, klik Rangkaian dalam bar sisi (anda mungkin perlu skrol ke bawah), klik menu timbul Tindakan di sebelah kanan, pilih Lokasi, kemudian pilih lokasi.
Nama semula lokasi rangkaian
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Rangkaian dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Klik menu timbul Tindakan di sebelah kanan, kemudian pilih Lokasi > Edit Lokasi.
Pilih lokasi yang anda mahu namakan semula, klik butang Lagi , kemudian pilih Nama Semula Lokasi.
Masukkan nama baharu untuk lokasi, kemudian klik Selesai.
Duplikasi lokasi rangkaian
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Rangkaian dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Klik menu timbul Tindakan di sebelah kanan, kemudian pilih Lokasi > Edit Lokasi.
Pilih lokasi yang anda mahu duplikasi, klik butang Lagi , kemudian pilih Duplikasikan Lokasi.
Masukkan nama untuk lokasi baharu, kemudian klik Selesai.
Keluarkan lokasi rangkaian
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Rangkaian dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Klik menu timbul Tindakan di sebelah kanan, kemudian pilih Lokasi > Edit Lokasi.
Pilih lokasi yang anda mahu keluarkan, klik butang Keluarkan , kemudian klik Selesai.