Cipta dan uruskan lokasi rangkaian
Lokasi rangkaian adalah sekumpulan seting untuk port rangkaian tertentu (sebagai contoh, port Ethernet, port modem atau port rangkaian wayarles komputer anda). Menu Lokasi dalam Keutamaan Rangkaian membolehkan anda untuk simpan dan bertukar antara berbilang lokasi rangkaian dengan cepat.
Secara lalai, Mac anda menggunakan lokasi Automatik, yang menyediakan seting untuk mana-mana port rangkaian yang dikesan tersedia secara automatik. (Port rangkaian, juga dikenali sebagai antara muka rangkaian, adalah cara komputer anda bersambung ke Internet atau rangkaian—seperti modem, Ethernet, atau kad Wi-Fi.)
Dalam kebanyakan kes, anda hanya boleh menggunakan lokasi Automatik lalai dan tidak memerlukan untuk menyediakan lokasi tambahan. Sebagai contoh, jika anda menggunakan komputer mudah alih dangan sambungan Wi-Fi di pejabat dan rumah, anda hanya boleh menggunakan lokasi Automatik dan seting yang sesuai untuk setiap tempat akan digunakan.
Jika anda perlu untuk menggunakan antara muka rangkaian sama dengan seting berlainan, anda perlu sediakan lokasi berasingan. Sebagai contoh, jika anda menggunakan port Ethernet dikonfigurasikan secara manual di pejabat tetapi melalui DHCP di rumah, anda perlu bertukar lokasi.
Buka keutamaan Rangkaian untuk saya
Cipta lokasi rangkaian
Pilih Menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Rangkaian.
Klik menu timbul Lokasi, pilih Edit Lokasi, kemudian klik butang Tambah .
Masukkan nama untuk lokasi, kemudian klik Selesai.
Masukkan seting untuk setiap port rangkaian yang anda mahu gunakan di lokasi tersebut.
Klik Guna.
Tukar ke lokasi rangkaian berlainan
Lakukan satu daripada yang berikut:
Gunakan menu Apple untuk bertukar lokasi: Pilih menu Apple > Lokasi, kemudian pilih lokasi yang anda mahu gunakan.
Item menu Lokasi muncul hanya jika anda mencipta lokasi rangkaian tambahan.
Gunakan keutamaan Rangkaian untuk bertukar lokasi: Pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Rangkaian, klik menu timbul Lokasi, pilih lokasi, kemudian klik Guna.
Keluarkan lokasi rangkaian
Pilih Menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Rangkaian.
Klik menu timbul Lokasi, pilih Edit Lokasi, kemudian pilih lokasi yang anda mahu keluarkan.
Klik butang Keluarkan , klik Selesai, kemudian klik Guna.
Nama semula lokasi rangkaian
Pilih Menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Rangkaian.
Klik menu timbul Lokasi, kemudian pilih Edit Lokasi.
Dwiklik nama lokasi rangkaian yang anda mahu namakan semula.
Masukkan nama baru, klik Selesai, kemudian klik Guna.
Salin lokasi rangkaian
Pilih Menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Rangkaian.
Klik menu timbul Lokasi, pilih Edit Lokasi, kemudian pilih lokasi yang anda mahu salin.
Klik menu timbul Tindakan , kemudian pilih Duplikasi Lokasi.
Masukkan nama baru untuk lokasi tersebut, klik Selesai, kemudian klik Guna.