
Tukar seting Hias Latar pada Mac
Pada Mac anda, gunakan seting Hias Latar untuk menukar gambar atau warna yang ditunjukkan pada desktop anda (kawasan latar belakang skrin). Ketahui cara menyesuaikan gambar desktop pada Mac anda.
Untuk menukar seting ini, pilih menu Apple dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Buka seting Hias Latar untuk saya
Pilihan | Perihalan |
---|---|
Imej kecil hias latar semasa | Gambar desktop yang sedang digunakan pada Mac anda. |
Nama dan menu timbul hias latar | Daripada menu timbul, lihat nama gambar desktop semasa dan pilih jenis penampilan daripada menu timbul apabila hias latar anda ialah gambar Hias Latar Dinamik atau gambar Hias Latar Cerah & Gelap:
|
Gambar (atau nama imej) | Pilih jenis susunan daripada menu timbul apabila hias latar anda ialah gambar yang anda tambah secara manual (lihat “Tambah Folder” dan “Tambah Album Foto” di bawah). Pilihan termasuk Isi Skrin, Muat ke Skrin, Regang untuk Isi Skrin, Pusatkan dan Jubin. Untuk sesetengah pilihan susunan, anda boleh memilih warna yang kelihatan di sekeliling gambar. Sesetengah pilihan mungkin mengherotkan gambar. |
Tukar gambar | Pilih selang masa daripada menu timbul untuk menentukan kekerapan gambar dan warna hias latar bertukar apabila anda mengesetkannya kepada kitar secara automatik (lihat "Putar Auto", di bawah). Kitar menerusi semua gambar atau warna dalam tertib, atau pilih Secara Rawak. Pilihan ini mungkin menjejaskan prestasi sesetengah app, seperti permainan, yang menggunakan banyak grafik. |
Imej kecil pilihan hias latar | Imej kecil ditunjukkan dalam kategori, termasuk Hias Latar Dinamik (imej yang bertukar sepanjang hari), Hias Latar Cerah & Gelap, Warna dan folder serta album foto yang anda tambah secara manual (lihat “Tambah Folder” dan “Tambah Album Foto” di bawah). Untuk sesetengah gambar, anda mesti mengklik ikon muat turun Jika foto anda tidak ditunjukkan, ia mungkin bukan dalam format yang dijangkakan—JPEG, PICT, TIFF, PNG, atau HEIC. Gunakan Pratonton untuk membuka foto anda dan menyimpannya dalam salah satu format yang disokong. Lihat Simpan PDF dan imej dalam Pratonton. Jika foto anda ditunjukkan tetapi kelihatan kabur, cuba gunakan yang lebih besar, seperti foto 1024 x 768 piksel. |
Warna | Pilih warna sebagai gambar desktop anda. |
Putar Auto | Pilih untuk mengitar menerusi gambar dalam folder atau album foto, atau menerusi warna. |
Tambah Folder | Pilih imej daripada komputer anda sebagai gambar desktop anda. Imej daripada folder yang dipilih ditunjukkan. |
Tambah Album Foto | Pilih salah satu foto anda sebagai gambar desktop. Foto daripada lokasi yang dipilih ditunjukkan. |