Keutamaan Desktop
Gunakan anak tetingkap Desktop dari Keutamaan Sistem Desktop & Penyelamat Skrin untuk memilih corak, warna, atau gambar berlainan untuk desktop (kawasan latar belakang skrin anda).
Untuk membuka anak tetingkap ini, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Desktop & Penyelamat Skrin, kemudian klik Desktop.
Buka anak tetingkap Desktop untuk saya
Senarai folder, imej dan gambar | Pilih folder atau set gambar dari senarai di sebelah kiri, kemudian klik corak atau gambar di sebelah kanan. Jika anda tidak melihat apa-apa apabila anda memilih folder Gambar, sama ada anda tidak mempunyai gambar dalam folder itu atau gambar tidak mempunyai format fail yang betul—JPEG, PICT, TIFF, atau PNG. Untuk menukar format gambar, bukanya dalam app Pratonton, kemudian simpannya dalam format yang baru. Jika gambar kelihatan kabur, cuba menggunakan yang lebih besar, seperti 1024 x 768 piksel. |
Tambah dan Keluarkan | Untuk menggunakan imej daripada folder lain, klik butang Tambah , kemudian pilih folder. Sebaik sahaja folder ditambah, anda boleh pilih gambar daripadanya. Untuk mengeluarkan folder yang anda tambah, pilihnya, kemudian klik butang Keluarkan . |
Menu timbul Isikan Skrin | Apabila anda memilih gambar daripada Foto atau folder Gambar, pilih cara anda mahu mengaturnya pada skrin—sebagai contoh, memenuhi skrin atau ketengahkan gambar. Sesetengah pilihan mungkin mengherotkan gambar. |
Mengubah gambar | Kitar melalui semua gambar tersedia dalam item atau folder yang anda pilih dalam senarai di sebelah kiri. Gunakan menu timbul untuk memilih berapa kerap untuk menukar gambar; sebagai contoh, setiap jam. Pilihan ini mungkin menjejaskan prestasi sesetengah app, seperti permainan, yang menggunakan banyak grafik. |
Susunan rawak | Apabila anda pilih untuk ubah gambar, anda juga boleh pilih untuk paparkan gambar dalam susunan rawak. |
Bar menu lut cahaya (tidak tersedia pada semua komputer) | Jadikan warna atau gambar desktop kelihatan di belakang bar menu di sepanjang bahagian atas skrin. |