Setkan maklumat peribadi Akaun Apple anda pada Mac
Anda menggunakan seting Maklumat Peribadi untuk menukar nama, hari lahir, maklumat julat umur untuk app dan keutamaan komunikasi yang dikaitkan dengan Akaun Apple anda.
Pergi ke app Seting Sistem
pada Mac anda.
Klik nama anda di bahagian atas bar sisi.
Jika anda tidak melihat nama anda, klik “Daftar masuk”, masukkan alamat e-mel atau nombor telefon Akaun Apple anda, kemudian masukkan kata laluan anda.
Klik Maklumat Peribadi, kemudian lihat atau tukar mana-mana yang berikut:
Nama: Klik nama semasa, taipkan nama pertama dan akhir anda, kemudian klik Simpan.
Hari Lahir: Klik hari lahir semasa, kemudian pilih tarikh. Tarikh lahir anda digunakan untuk membantu mengesahkan identiti anda jika anda terlupa kata laluan anda atau perlu meresetnya.
Nota: Anda boleh menukar hari lahir anda sekali dan anda mempunyai 24 jam selepas menukar untuk membetulkan sebarang kesalahan yang telah dibuat.
Kanak-kanak di bawah umur 13 tahun tidak boleh menukar maklumat hari lahir. (Pengehadan umur berbeza mengikut negara atau rantau.)
Julat Umur untuk App: Klik pilihan semasa, kemudian klik menu timbul Kongsi dengan App untuk memilih masa untuk berkongsi maklumat julat umur dengan app (Sentiasa, Tanya Dahulu atau Jangan).
Keutamaan komunikasi: Klik
, kemudian aktifkan pilihan untuk menerima pengumuman tentang produk, perkhidmatan, perisian dan media Apple serta surat berita Apple News. Pengumuman dan surat berita dihantar ke alamat e-mel atau e-mel yang dikaitkan dengan Akaun Apple anda.
Pilihan ini tidak kelihatan jika akaun adalah untuk kanak-kanak di bawah umur 13 tahun. Pengehadan umur berbeza mengikut negara atau rantau.
Lihat cara data anda diurus: Klik untuk mendapatkan maklumat Akaun Apple & Privasi.
Untuk mendapatkan maklumat tentang menukar seting Akaun Apple anda pada tapak web Akaun Apple, lihat halaman Akaun Apple anda.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang menukar seting Akaun Apple menggunakan iPhone atau iPad anda, lihat Daftar masuk dan urus Akaun Apple anda pada iPhone dalam Panduan Pengguna iPhone atau Daftar masuk dan urus Akaun Apple anda pada iPad dalam Panduan Pengguna iPad.