
Sediakan nama Apple ID, telefon dan maklumat e-mel anda pada Mac
Anda menggunakan keutamaan Nama, Telefon, E-mel untuk menukar maklumat nama, telefon dan e-mel yang berkaitan dengan Apple ID anda.
Pada Mac anda, pilih menu Apple
> Keutamaan Sistem, klik Apple ID, kemudian pilih Nama, Telefon, E-mel dalam bar sisi.
Jika anda belum mendaftar masuk ke Apple ID anda, klik Daftar Masuk dan taipkan maklumat Apple ID anda. Ikuti arahan pada skrin.
Lihat atau tukar yang berikut:
Nama: Klik Edit. Taipkan nama pertama dan akhir anda, kemudian klik Simpan.
Hari Lahir: Klik Edit. Pilih tarikh lahir anda dan klik Simpan. Tarikh lahir anda digunakan untuk membantu mengesahkan identiti anda jika anda terlupa kata laluan anda atau perlu meresetnya.
Nota: Anda boleh mengubah hari lahir anda sekali dan anda mempunyai 24 jam selepas mengubahnya untuk membetulkan sebarang kesalahan yang telah dibuat.
Kanak-kanak di bawah 13 tahun (umur berbeza mengikut negara atau rantau) tidak boleh mengubah maklumat tarikh lahir.
Boleh dihubungi di: Tambah dan keluarkan alamat e-mel dan nombor telefon yang dikaitkan dengan Apple ID anda. Rakan dan keluarga boleh menggunakan ini untuk berkongsi nota dan dokumen dengan anda dan menghubungi anda menggunakan iMessage, FaceTime dan banyak lagi.
Pengumuman dan berita: Pilih untuk menerima pengumuman Produk Apple, app dan pengumuman media, serta surat berita Apple News yang dihantar ke alamat e-mel anda.
Untuk mendapatkan maklumat tentang menukar maklumat akaun Apple ID anda pada tapak web Apple ID, lihat halaman akaun Apple ID anda.
Untuk mendapatkan maklumat tentang menukar seting akaun Apple ID menggunakan peranti iOS atau iPadOS, lihat “Uruskan seting Apple ID dan iCloud” dalam panduan pengguna untuk iPhone, iPad, atau iPod touch.