Kawal akses kepada rakaman skrin dan audio sistem pada Mac
Sesetengah app dan tapak web boleh mengakses dan merakam skrin dan audio pada Mac anda. Anda boleh tentukan app dan tapak web yang dibenarkan untuk merakam skrin dan audio anda.
Pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Privasi & Keselamatan dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Klik Skrin & Rakaman Audio Sistem di sebelah kanan.
Untuk setiap app yang disenaraikan, aktifkan atau nyahaktifkan keupayaan untuk merakam.
Anda boleh membenarkan app merakam skrin dan audio anda atau hanya audio anda.
Untuk menambahkan app ke senarai, klik butang Tambah di bawah senarai, kemudian navigasi ke app yang anda mahu tambahkan.
Jika anda membenarkan app atau tapak web pihak ketiga untuk merakam skrin dan audio anda, sebarang maklumat yang dikumpulkan oleh mereka akan dikawal oleh syarat dan dasar privasi mereka. Anda disyorkan untuk mengetahui tentang amalan privasi pihak tersebut.
Jika anda ialah pentadbir sistem dan mahukan maklumat tentang mengerahkan seting keselamatan, lihat Pengerahan Platform Apple.